Tuesday, April 21, 2009

BN jadi parti 'nakhoda zaman' - PM

JOHOR BAHRU 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mesti mampu menjadi parti 'nakhoda zaman' untuk membawa perubahan kepada negara ini.

Perdana Menteri berkata, apa yang beliau maksudkan sebagai parti 'nakhoda zaman' ialah BN perlu melakukan perubahan mendahului zaman yang sepatutnya dilakukan oleh semua pemimpin BN.

"Oleh itu, kita tidak boleh anggap business as usual. Inilah cabaran kita sekarang iaitu kita mesti mampu mendahului zaman, menjadi parti yang 'nakhoda zaman'," katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama pemimpin BN Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.

Najib berkata, wakil rakyat dan pemimpin BN sekarang tidak boleh lagi bersikap seperti biasa dan perlu mendampingi rakyat untuk menyelami dan menyelesaikan masalah yang mereka alami.

"Kita tidak boleh lagi dengan pemikiran lama, pendekatan lama dan metodologi yang lama. Kita mesti melihat kepada metodologi yang baru kerana kalau generasi muda tidak minat menyokong kita, teruk kita pada pilihan raya umum akan datang.

"Justeru, BN kini perlu bersama-sama berubah sesuai dengan persekitaran dan keadaan politik sekarang. Kalau kita janji, kita tak tunaikan, itu akan menjadi satu tamparan kepada kita nanti. Jadi, saya mahu, apabila kita berjanji, kita mesti kotakan," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta semua parti komponen melibatkan semua kaum dalam aktiviti yang dianjurkan.

"Apa salahnya UMNO ambil berat apa yang berlaku di ladang-ladang dan estet serta kampung-kampung baru. Begitu juga apa salahnya MCA beri hadiah kepada pelajar Melayu yang dapat keputusan baik dan begitu juga MIC ucap tahniah bukan kerana saya bebaskan dua pemimpin Hindraf, tetapi juga termasuk 11 yang lain baru-baru ini," katanya.

Pendekatan tersebut juga merupakan sedikit sebanyak merupakan konsep 'Satu Malaysia' yang ditekan beliau pada masa ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meminta pemimpin BN Johor untuk terus mempertahankan tradisi bahawa negeri ini tetap menjadi kubu kuat BN.

Kembali ke halaman utama

1 comment:

  1. Ramai yang menjadi pak turut kepada agenda politik kotor iaitu mematikan karekter individu tertentu sebelum PRU 12 dan apabila usaha tersebut ditumpang semangkuk oleh kalangan yang menaruh perasaan dendam yang hadir secara melata dalam organisasi sendiri makanya menjadilah mereka puak yang tidak dapat membezakan antara kawan atau musuh; antara kaca atau permata. Boom! Natijahnya ialah keputusan PRU 12.

    Kenapa buat-buat bodoh. Bukankah sebelum PRU 12 'individu' ini bukanlah seorang ahli parlimen dan tidak juga duduk dalam kerajaan. Adalah tidak benar bagi individu yang tidak menjadi wakil rakyat dan tidak menganggotai kerajaan boleh di jadikan kambing hitam atas kemerosotan pencapaian PRU 12. Mana logiknya?

    Tidak ada lojiknya kalau dengan isu picisan iaitu mendapat sedikit keistimewaan dalam urusan perniagaan yang kemudiannya di gembar-gemburkan oleh laman web pembangkang dan seterusnya di tokok tambah oleh laman web 'sendiri' boleh menjadi faktor negatif dalam PRU apatah lagi untuk berupaya mengundang tsunami politik. Mengarutlah hipotesis berkenaan.

    Oleh itu mesti ada isu lain yang lebih signifikan dan lebih munasabah. Kekalahan di dua Bukit boleh dijadikan bukti untuk menangkis faktor individu ini sebagai penyumbang bagi kemerosotan yang dialami pada PRU 12. Itupun kalau ada yang benar-benar mahu melihat kebenaran. Malangnya, tidak ramai suka kepada kebenaran. Tidak cool agaknya. Mereka lebih seronok berada dalam penafian daripada mengaku hakikat kebenaran. Iaitu keinginan untuk menafikan faktor sebenar yang berperanan di situ (PRU lalu) jauh mengatasi kemahuan untuk berhadapan dengan kenyataan..

    Walhal kalau kebenaran yang dicari dan ia yang menjadi ukuran, sudah tentu sentimen sebenar di sebalik penolakan separa di PRU 12 adalah tidak ada kaitan bermakna dengan persepsi yang dibina oleh laman blog ‘cari makan’ terhadap si ‘kambing hitam’. Kalau begitu apa dia?...TST yop

    ReplyDelete