Sunday, April 12, 2009

NAJIB PERLU ADA IDENTITI SENDIRI MENERAJUI UMNO DAN NEGARA

Nape... Najib tak boleh memerentah ke tanpa Tun, beri saja jawatan itu kepada Tun

Oleh Abang Mahmor

Dari mata kasar, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang baru dinobatkan sebagai Perdana Menteri KeEnam begitu rapek dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang agak sudah mula menjolok mata rakyat.

Menunjukkan mesra sangat sejak dari tarikh Mahathir hadir di akhir Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini jelas bahawa Mahathir begitu seronok apabila Najib teleh memegang jawatan Presiden UMNO. Berikutnya terus Mahathir sekeluarga menyertai semula UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Najib. Selepas itu, setelah Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Mahathir pun hadirlah sarapan dengan Najib. Riak kedua-dua public figure ini sudah kelihatan jelas.

Dalam hal ini, Najib harus sedar bahawa bukan semua rakyat Malaysia selesa dengan Mahathir. Kerana itulah apabila rakyat Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah membuang dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, ia diterjemahkan bahawa kehadiran Mahathir di kedua-dua tempat itu tidak memberi kesan langsung.

Najib harus sedar bahawa era ini adalah era bukan di zaman mereka lagi. Apa yang rakyat faham sekarang seolah-olah Mahathir walaupun menolak menjadi penasihat kepada parti dan kerajaan, tidak bererti Mahathir tidak campur tangan dalam urusan Najib.

Permulaan era Najib ini tidak menggambarkan sesuatu yang baik apabila Mahathir dilihat akan menjadi ‘penasihat peribadi’ kepada Najib. Lebih-lebih lagi desas desus sudah bermula yang Mahathir begitu benci dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mempengaruhi Najib supaya Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan dilantik apa-apa jawatan dalam kabinet nanti.

Malah Mahathir akan mencari jalan supaya Khairy akan dinyahkan dari arena politik UMNO. Sekiranya ini berlaku, ternyatalah bahawa Najib bukan dirinya sendiri dan sedang membentuk satu identiti orang lain dalam mencatur kerajaan Malaysia serta akan menjurus kepada kehancuran UMNO.

Sebelum ini, Najib dan timbalannya, Muhyiddin serta barisan jawatan-jawatan lain dalam UMNO akan memberi fokus membaiki UMNO dan mewujudkan satu suasana perpaduan baru dalam parti hendaklah berlandaskan ketulinan dan keikhlasan yang datang dari hati dan jiwanya sendiri, bukan dari pengaruh mana-mana insan lain yang menunjuk pandai.

Dalam hal ini, percayalah Pak Lah secara perlahan-lahan akan diketepikan dalam era pemerintahan Najib. Tetapi akan lebih malanglah jika Najib didominasikan oleh Mahathir yang bagaikan belum puas lagi mencatur parti dan negara dari apa yang beliau tunjukkan selepas tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan dan dalam parti.

Kemasukkan semula Mahathir dan keluarga ke dalam parti bagaikan menghina orang lain pada saat negara dan UMNO menghadapi keadaan getir. Tidak salah kalau ada yang mengatakan kehadiran Mahathir dalam ceramah yang kononnya akan membantu UMNO dan BN membawa suwei kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Mahathir usahlah lagi sibuk mahu menjadi pencatur UMNO kerana Najib bukan lagi budak-budak. Beliau sudah cukup matang untuk mencatur UMNO dan negara dengan caranya yang mempunyai bibit-bibit kepimpinan arwah ayahnya Tun Abdul Razak.

Dalam menghadapi masa depan UMNO, hanya barisan yang telah terpilih dalam pemilihan UMNO baru-baru ini sahaja berhak bergabung tenaga mencari jalan bagaimana UMNO harus mengatur langkah sebelum ianya terus tengelam.

Kalau Najib mula menunjukkan sikap prejudis, pilih kasih dan masih boleh dipengaruhi unsur luaran dari kepimpinan yang sahih, maka Najib tidak akan bertahan lama dan UMNO tamat di tangannya akan menjadi kenyataan.

*Kami mengalu-alukan kiriman dari pembaca - terima kasih kepada Abang Mahmor yang telah menghantar artikel kepada kami. walkdtalk@gmail.com

Kembali ke laman asal

1 comment:

  1. Mohd Salihin rembauApril 12, 2009 at 10:02 PM

    Najib sepatutnya mencari identit beliau by now, apa yang dilihat oleh Rakyat sekarang adalah Tun sedang menguasai kerjaya Najib dan keranan Najib takut nasib yang menimpa Pak Lah berlaku kepadanya. Najib sepatutnya tidak perlu merasa takut kerana lambat laun Najib juga akan menjadi mangsa, percaya lah .

    ReplyDelete