tag:blogger.com,1999:blog-5298627932230130217.post400915718041123803..comments2014-09-01T12:24:09.414-07:00Comments on News-Walkdtalk09: BN jadi parti 'nakhoda zaman' - PMWalk D Talk 09http://www.blogger.com/profile/06487969838794866645noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5298627932230130217.post-59071317215353793662009-04-22T10:42:00.000-07:002009-04-22T10:42:00.000-07:00Ramai yang menjadi pak turut kepada agenda politik...Ramai yang menjadi pak turut kepada agenda politik kotor iaitu mematikan karekter individu tertentu sebelum PRU 12 dan apabila usaha tersebut ditumpang semangkuk oleh kalangan yang menaruh perasaan dendam yang hadir secara melata dalam organisasi sendiri makanya menjadilah mereka puak yang tidak dapat membezakan antara kawan atau musuh; antara kaca atau permata. Boom! Natijahnya ialah keputusan PRU 12.

Kenapa buat-buat bodoh. Bukankah sebelum PRU 12 'individu' ini bukanlah seorang ahli parlimen dan tidak juga duduk dalam kerajaan. Adalah tidak benar bagi individu yang tidak menjadi wakil rakyat dan tidak menganggotai kerajaan boleh di jadikan kambing hitam atas kemerosotan pencapaian PRU 12. Mana logiknya?

Tidak ada lojiknya kalau dengan isu picisan iaitu mendapat sedikit keistimewaan dalam urusan perniagaan yang kemudiannya di gembar-gemburkan oleh laman web pembangkang dan seterusnya di tokok tambah oleh laman web 'sendiri' boleh menjadi faktor negatif dalam PRU apatah lagi untuk berupaya mengundang tsunami politik. Mengarutlah hipotesis berkenaan.

Oleh itu mesti ada isu lain yang lebih signifikan dan lebih munasabah. Kekalahan di dua Bukit boleh dijadikan bukti untuk menangkis faktor individu ini sebagai penyumbang bagi kemerosotan yang dialami pada PRU 12. Itupun kalau ada yang benar-benar mahu melihat kebenaran. Malangnya, tidak ramai suka kepada kebenaran. Tidak cool agaknya. Mereka lebih seronok berada dalam penafian daripada mengaku hakikat kebenaran. Iaitu keinginan untuk menafikan faktor sebenar yang berperanan di situ (PRU lalu) jauh mengatasi kemahuan untuk berhadapan dengan kenyataan..

Walhal kalau kebenaran yang dicari dan ia yang menjadi ukuran, sudah tentu sentimen sebenar di sebalik penolakan separa di PRU 12 adalah tidak ada kaitan bermakna dengan persepsi yang dibina oleh laman blog ‘cari makan’ terhadap si ‘kambing hitam’. Kalau begitu apa dia?...TST yopAnonymousnoreply@blogger.com