Monday, April 27, 2009

ZAKHIR INGAT KEMPEN PEMUDA MASIH BELUM TAMAT LAGI

Oleh Bahadur Hishamuddin

Bila terpandang nama Zakhir di ruangan kpmu.net, menjadi tajuk rencana, kemudian lihat gambarnya berdiri tersengeh sebelah kiri Tun Mahathir, memang pasti saya kenal orang besar ini. Sebelah kanan Mahathir pula tercegat tumpang tui ialah Salahuddin yang juga bukan asing pada saya. Beliau pun tidak kurang bermain kotor dalam blognya.

Tetapi dalam ertikata sebenar, mereka berdua sudah menjadi makhluk asing dalam UMNO terutama Zakhir yang mempunyai blognya sendiri yang diwujudkan semata-mata untuk menjunjung Datuk Mukhriz Mahathir ke langit.

Ramai juga yang giat membuka blog untuk Mukhriz tetapi blog Zakhir benar-benar lain kerana jelas beliau telah cuba dengan sedaya upaya memberi gambaran negatif kepada pelayar-pelayar laman webnya supaya menanam satu macam benci pada Khairy Jamaluddin.

Memang benar kata penulis yang menulis rencana bertajuk ‘Sdr Zakhir -Jangan politikan kerjaya orang lain kerana taksub kepada seseorang’ yang nampaknya sudah menunjukkan betapa bebasnya Zakhir cuba mengusik orang seperti Rashid Yusof setelah gagal meletakkan Mukhriz sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sewaktu pemilihan lalu.

Sebelum ini, Zakhir telah ‘menggosok’ bahu Mukhriz mengatakan KJ akan kalah kerana dia sudah sumbat macam-macam supaya perwakilan pemuda semua benci pada KJ. Setiap kali Mukhriz mendengarkan kata ampu bodek Zakhir orang harapannya yang dipercayai sangat berpengaruh kononnya, Mukhriz akan tersenyum lebar.

Tetapi malangnya keadaan tidak begitu. Kiralah undi itu walaupun 20 kali, KJ sudah dari awal-awal lagi sudah menang. Memang tidak dapat dinafikan, pengira undi pun macam hairan KJ boleh menang, tetapi hakikatnya pemuda sudah lebih bijak dan yang meluat dengan terlalu banyak tohmahan terhadap KJ, mereka fikir lebih baik berikan undi pada KJ.

Yang penyokong Mukhirz terutama pemain blog termasuk Zakhir, mereka hanya ada satu modal untuk mengecam KJ iaitu dengan mengatakan KJ rasuah. Orang lain tidak. Yang mengamalkan rasuah hanyalah KJ sedangkan difinasi rasuah yang disebutkan itu amat berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Sayang Zakhir tidak ada peluang untuk mengatakan KJ lemah, bodoh, tidak berkarisma, tidak pandai jaga pemuda, tidak ada visi kerana semua itu tidak ada dalam diri KJ. Sebaliknya, lawan KJ pula yang demikian. Paling banyak, Zakhir boleh puji Mukhriz putih, handsome, baik dan mudah senyum. Itu pun dalam banyak acara, Mukhriz macam terpingga-pingga.

Kelebihan yang Zakhir boleh tonjolkan pasal Mukhriz hanyalah Mukhriz itu anak Tun Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 23 tahun. Mujurlah semasa dia jadi perdana menteri selepas beberapa tahun, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein tak panjang umur. Kalau mereka berdua panjang umur, Mahathir akan lebih teruk dikerjakan daripada Mahathir kerjakan Tun Abdullah.

Yang menghairankan saya tentang sikap orang seperti Zakhir, kenapa selepas KJ menang ketua pemuda yang sudah menjadi rezeki dia atas petunjukNya, Zakhir masih lagi melalak mengaitkan KJ dengan tohmahan yang bukan-bukan lagi. Habis orang KJ hendak dikaitkan tidak berguna pada mata dan hatinya sedangkan orang yang ‘membesarkan’ Zakhir itu sudah mendapat tempat istimewa dalam saf Najib yang baru.

Saya sangat setuju dengan kata penulis rencana itu slogan Mukhriz yang mahukan pemuda berubah tidak dapat mengubah minda Zakhir yang bukan calang-calang orang kalau diukur dari tahap pendidikannya. Tetapi sayang seribu kali sayang, Zakhir tidak kenal dengan perkataan perubahan yang dituntut oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Maksud lebih jauh lagi, Najib ingin melihat bangsa Melayu mempunyai pemikiran yang tiada langsung berperasaan hasat dengki, bongkak, suka memburuk-burukkan orang lain atas satu sebab terlalu taksub dan diperalatkan terhadap seseorang.

Yang menyokong calon kalah nampaknya lebih teruk pula dari yang benar-benar kalah. Mukhriz tu sudah senyap dah macam ular kenyang dapat jawatan juga walaupun kalah kerana Najib kasihan melihat dia ‘menggigit jadi’, tapi janganlah pula Zakhir berlebih-lebih mahu memijak lawannya yang menang pula. Patutnya, ketika inilah Zakhir membuat jambatan supaya pemuda yang sudah agak dalam keadaan bertempiaran hari ini kembali bersatu membantu perdana menteri menjalankan kerja dengan kemas dan teratur.

Kalau orang seperti Zakhir masih ingat musim berkempen Ketua Pemuda belum habis dan akan terus berlarutan dan belum habis-habis lagi mengecam KJ, pergilah basuh muka tu dengan air sejuk. Bilas baik-baik dan bukalah mata kamu yang kita bukan lagi sedang berkempen. Kita semua sudah menerima apa yang telah ditentukan dan apa yang dihidangkan untuk kita terus berjuang membantu perdana menteri baru kita.

Zakhir dengan sekutunya atau siapa saja rakan-rakan yang terus menerus mahu memberi tekanan kepada KJ tolonglah hentikan kerja terkutuk itu sebelum bala menimpa diri akibat kadaq dari Allah nanti. Perlulah sedar bahawa kecacatan dari awal lagi telah ditunjukkan pada diri tuan itu. Besar tubuh tuan itu tidak sebesar hati tuan punya badan.

Kalau ya pun nak mengampu Tun Mahahir dan anaknya, janganlah sampai mahu menabur racun pada dulang perjuangan orang lain yang telah terbukti sokongan yang terlalu berlebihan tidak langsung membawa faedah dan keuntungan kepada pengidam sesuatu jawatan. Tumpukanlah membantu bangsa kita yang sudah jauh ketinggalan dan memerlukan satu penyatuan yang terhindar daripada cakap-cakap kosong dan fitnah memfitnah tanpa tahu hujung pangkalnya. Cukuplah Zakhir.

Thursday, April 23, 2009

Lagi teruk , Melayu tunduk bawah Cina Singapura

Ni yang paling syok sekali. Tahun2 lepas, Bank Negara tak benarkan Singapura membeli bank2 Malaysia macam orang gila kerana ada pelbagai undang2. Nampaknya, anak Tun Abdul Razak ni akan membenarkan Singapura membeli kesemua bank2 di Malaysia dan merompaknya dan membuat sesuka hati.

Di Amerika, bila cerita bailout ni, kerajaan Amerika tidak membenarkan Syarikat pelaburan asing seperti yang dari China dan Singapura membeli bank2 Amerika sewenang-wenangnya. Kenapa?

Sebab, kalau suatu kuasa asing menguasai sistem kewangan sesebuah negara, itu bermaksud kuasa asing tersebut boleh mem''blackmail'' kerajaan. Contohnya, sekarang ini Singapura dan Malaysia sedang menghadapi kemelut Jambatan Bengkok. Singapura tak bagi, Malaysia tak mau undur. Tetapi, jika Singapura telah membeli kesemua bank2 di Malaysia, Malaysia akan terpaksa tunduk kepada Singapura, sebab Singapura boleh mengancam Malaysia dengan mengunakan pengaruh dalam bank2. Singapura boleh kata mereka akan tarik balik pinjaman2 kepada agensi2 kerajaan tertentu, Singapura boleh mengancam mereka akan ''withdraw capital'' dan blah, yang boleh menghancurkan saham bank Malaysia, Singapura boleh mengunakan Bank2 Malaysia untuk ''bailout'' pelaburan mereka yang fail, dan tutup semua kerugian mereka mengunakan Bank2 Malaysia, dan Singapura juga boleh mengatur siapa dapat pinjaman di Malaysia dan untuk apa.

Ini dipanggil ''Financial Imperalism''. Kalau dulu Singapura nak tawan Malaysia, mereka akan terpaksa pakai fighter jets dan askar perang, sekarang lebih senang, pakai Captalism sahaja.

Orang Melayu boleh bungkus, jumpa Khir Toyo, sama2 pindah ke Jawa. Di sana tak seteruk Tanah Melayu.

Self respect Melayu takda lagi, tunduk bawah Cina Singapura dan Yahudi.... petikan dari sebuah komen Rockybru

lagi tulisan yang berkaitan dengan tulisan ini.

kembali ke laman asal

Wednesday, April 22, 2009

Masih menunggu sentuhan DS Najib

Kini kesah jambatan Bengkok sudah mula diperkatakan kembali setelah Tun Lah melepaskan jawatan beliau kepada DS Najib. Ramai yang berpendapat bahawa jambatan ini mungkin akan disambung kembali pembinaannya setelah terhenti seketika di waktu pemerintahan Tun Lah. Banyak pendapat yang pro dan yang kontra kita dengar mengenai jambatan bengkok ini. Ada yang mengatakan bahawa dengan terbenanya jambatan bengkok ini dapat melonjakkan sedikit ekonomi Malaysia dan ada juga yang tidak bersetuju kerana ketika dunia menghadapi krisis ekonomi dan kita melaburkan banyak wang untuk membangunkan jambatan berkenaan.

Penulis percaya Anwar and the geng sedang menunggu sahaja keputusan Perdana Menteri untuk meneruskan jambatan bengkok ini untuk menyerang DS Najib dengan tuduhan tuduhan seperti kerajaan membazirkan wang rakyat ketika ekonomi dunia sedang menghadapi kemelut .Tentu sekali Anwar juga akan menyatakan bahawa DS Najib ditarik hidung oleh Tun M kerana DS Najib juga adalah di antara orang penting dalam kabinet ketika keputusan membatalkan jambatan ini dibuat.

Tun juga ada berkata dia tidak akan mencampuri urusan kerajaan dan keputusan DS Najib , DS Najib boleh buta keputusan sendiri tetapi beliau akan tetap menjawab setiap persoalan wartawan dan menulis dalam blog. Betullah tidak campur ketika mesyuarat kerajaan kerana Tun mana boleh masuk ketika DS Najib bermesyuarat tetapi mencampuri melalui keyataan dalam akhbar dan juga penulisan dalam blog dan inilah juga yang dilakukan ketika kerajaan Tun Lah. Kenapa sekarang Tun menyatakan bahawa dia tidak campur , betul ke ? baru beberapa minggu dahulu dia mencampuri dengan tulisan yang agak sinis berbau arahan. Pembaca bukannya bodoh lagi. mereka sudah boleh memikirkan. Akhirnya Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri. Apa hebat Mukhriz , layak ke Mukhriz ? inilah persoalan yang dimainkan oleh rakyat sekarang. Campur tangan dan penampilan Tun dalam beberapa minggu pentadbiran DS Najib agak mencemarkan sedikit imej DS Najib . maaf penulis terpaksa berterus terang dan dengan itu juga penulis rasakan imej DS Najib kini menjadi bahan media-media asing. Tun juga menyedari ini but Tun can't help to poke himself into the goverment business.

Tun tidak mahu campur dalam urusan kerajaan , Tun menentang pendapat Najib mengenai isu pilihan raya kecil Penanti. berikan lah DS Najib berfikir sendiri dan membuat keputusan sendiri. Kerana DS Najib adalah Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Bagi penulis sehingga hari ini penulis belum nampak lagi keputusan yang dibuat oleh Najib melainkan perancangan masa panjang dan walaupun senarai kabinet adalah mantap tetapi banyak lagi kelemahan yang boleh dipertikaikan yang mana ada yang melantunkan bayang -bayang Tun turut sama merancang senarai Kabinet berkenaan , (tak perlu penulis nyatakan , tahu sama tahu) Penulis merasa takut , takut jika DS Najib akan tenggelam dibawah bayangan Tun M kerana penulis menyifatkan kekalahan Mukhriz ketika pemilihan Ketua Pemuda UMNO lalu adalah kerana Tun.

Hari ini DS Najib terpaksa membuat kenyataan , jika mahu menegur biar lah bertempat. ini bermakna sudah ada suara-suara yang mula berbunyi. Bukankah baru-baru ini DS Najib ada menyatakan bahawa beliau mahu mendengar suara rakyat, jika beliau mahu mendengar suara rakyat , beliau kenalah dengar apa saja yang rakyat tegur dan membuta penilaian , Beliau tidak sepatutnya mengharap untuk mendengar yang baik baik sahaja. Penulis tidak mahu pisang berbuah dua kali , penulis takut UMNO tidak akan pulih dan terus di rundung malang sehinggalah kita dihukum pada pilihan raya UMUM 13. Sejarah telah membuktikan bahawa Tun M mampu menghancurkan UMNO , UMNO lama sudah tiada. Tun ahli pertama . Allahyarham pemimpin lama kita tidak lagi dalam UMNO sekarang kerana Tun adalah ahli pertama. Tun peduli apa dengan UMNO beliau boleh keluar lagi dari UMNO . UMNO kian tipis setelah beberapa proses kerisi krisis yang berlaku dalam UMNO di waktu zaman Tun. Tun juga telah mengusir banyak ahli UMNO Ketika memburukkan kerajaan Tun Lah.

Hari ini UMNO mungkin akan berpecah lagi, percaya lah........ kita lihat saja dan tunggu pembabitan Tun mencampuri urusan UMNO dan kerajaan , pasti UMNO akan berpecah lagi dan penulis berani menyatakan dan mencabar Tan Sri Muhyidin Yassin membuktikan bahawa penulis adalah salah kerana menyatakan apa yang dirancangjkan oleh Tan Sri Muhyiddin tidak akan terlaksana dalam masa dua tahun. Sebaik sahaja mengumumkan bahawa UMNO akan dan BN akan kuat dalam masa dua tahun tiba-tiba sahaja UMNO Terengganu bergolak dan tidak mustahil kita akan dihalau oleh rakyat Terengganu pada PRU 13 nanti. Kemelut di Terengganu ini sememangannya akan memakan masa yang panjang untuk dipulihkan. begitu juga kemelut yang sama berlaku di Perlis.

Sebenarnya UMNO tidak mampu menghadapi perkara ini lagi, UMNO sepatutnya berubah , apa yang dapat kita lihat sekarang yang berubah adalah pucuk kepimpinan UMNO. Tetapi UMNO masih sama di takuk yang lama. Usaha cantas mencantas masih kuat dan masih berlaku. Perasuah yang menunding dan berselindung dalam kabinet masih ramai. Akar umbi yang meneria rasuah dari mereka yang masih dalam kabinet ada ramai diluar. ini tidak dapat kita lindungi , kerana yang menerima mereka yang menjadi perwakilan dan pengundi , mereka tahu duit siapa yang mereka terima dan orang yang memberi masih ada segar bugar dalam kabinet DS Najib. orang yang kotor berlagak bersih pun ramai. Munkin DS Najib sendiri tahu dan akar umbi sudah tentu tahu.Banyak yang mahu penulis tulis , tetapi tak mengapalah , kita tunggu perkembangan selanjutnya dan tersu terang penulis menyatakan bahawa penulis masih tertunggu sentuhan ajaib DS Najib yang original . Hopefully DS Najib akan mendapat sentuhan beliau dengan beberapa segera kerana setiap kali penulis melihat DS Najib sekarang penulis nampak wajah Tun di belakang DS Najib.
kembali kelaman asal

Tuesday, April 21, 2009

Jambatan bengkok yang merogol Singapore lambang kedetektoran Tun Mahathir

Sememang selama ini kita semua terlena dan tidak terfikir apa yang difikirkan oleh Datuk Shahrir Samad mengenai jambatan bengkok yang mula diperkatakan kembali setelah Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk pimpinan dari Tun Lah . Jelas dalam jangka masa awal ini kita dapat melihat siapa yang menguasai kerajaan dan siapa yang sebenarnya berperanan sebagai Perdana Menteri dan terlalu ketara apabila Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan di dalam kerajaan.

Seandainya jambatan ini di sambung kembali pembinaan nya , jelaslah dan konfirmlah Tun berkuasa dalam kerajaan Najib dan Najib tidak mempunyai identiti sendiri dan Najib perlu keluar segera dari terperangkap dalam identiti Tun M kerana Tun M sudah pun menyediakan orang yang sebenar yang beliau mahukan menjadi Perdana Menteri. Berbalik kepada kisah Datuk Shahrir tadi , penulis merasakan ianya amat menarik sekali dan baru kita dapat bayangkan dengan jelas bahawa Tun ini bukan sahaja mahu bermusuh dengan pemimpin dalam negeri , malahan jika kehendaknya tidak dituruti , beliau sanggup bermusuh dengan sesiapa sahaja. Datuk Shahrir mempersoalkan kenapa Jambatan Bengkok dan kenapa bukan jambatan lurus.

Betul juga kata Shahrir , mengapa bukan jambatan lurus. Nampak sangat kita tidak menghormati jiran dan seolah-olah jambatan yang bangkok di sebelah kita sedang merogol jambatan lurus di sebelah perairan Singapore, Jambatan bengkok kita seolah memaksa satu hubungan jenis paksaan. Mengapa tidak dibina jambatan ini dengan semangat setiakawan dan berunding dengan baik bagi mencapai matlamat situasi menang menang bersama dari merogol jambatan ini yang akan merenggangkan lagi hubungan antara kita dengan jiran kita.

Apa yang jelas berlaku akan megambarkan satu identiti yang tidak baik di antara generasi -generasi yang akan datang apabila mereka melihat ,mahupun melalui jambatan bengkok ini. Kenapa jambatan ini bengkok tanya anak dari Singapura, kenapa jambatan ini bengkok tanya anak dari Malaysia , 80 tahun akan datang 100 tahun akan datang, jambatan ini begkoik kerana tiada kata sepakat diantara Malaysia dan Singapore. Malaysia mahu buat , Singapore tidak mahu , kenapa tidak mahu , bukankah ianya baik untuk kedua dua rakyat, sebab Malaysia mahu untung , Singapore tidak dapat untung dan banyak lah lagi spekulasi spekulasi buruk yang boleh disampaikan kepada anak cucu , cicit kita nanti yang mana hasilnya adalah satu hunbgan yang nagatif akan berpanjangan antara rakyat Malaysia dengan Singapore.

Mengapa tidak disambung kembali rundingan dan cuba mencapai kata sepakat kerana jambatan ini dibina bukan untuk digunakan bagi jangka masa sehari atau sebulan mahu pun setahun. ianya akan menjadi lambang yang tersergam dan akan menjadi satu pemandangan yang jelas bagi seluruh rakyat Singapore dan Malaysia untuk jangka waktu yang panjang, kita tidak mampu mengoreskan hati jutaan anak cucu dan cicit serta generasi akan datang hanya kerana mahu memuaskan hati Tun seorang. penulis berani mengatakan bahawa jambatan ini nanti akan menjadi satu lambang kedetektoran Tun Mahahthir Mohammad dan ianya akan terus terpahat dihati setiap anak- anak generasi akan datang. Tidak mustahil juga jambatan ini akan menjadi buah mulut pembangkang yang akan sentiasa mengulangi bahawa jambatan ini juga lambang kelemahan Najib yang tunduk kepada kehendak Tun . Eloklah DS najib memikirkan kembali seranan Shahrir ini.
kembali ke laman asal

BN jadi parti 'nakhoda zaman' - PM

JOHOR BAHRU 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mesti mampu menjadi parti 'nakhoda zaman' untuk membawa perubahan kepada negara ini.

Perdana Menteri berkata, apa yang beliau maksudkan sebagai parti 'nakhoda zaman' ialah BN perlu melakukan perubahan mendahului zaman yang sepatutnya dilakukan oleh semua pemimpin BN.

"Oleh itu, kita tidak boleh anggap business as usual. Inilah cabaran kita sekarang iaitu kita mesti mampu mendahului zaman, menjadi parti yang 'nakhoda zaman'," katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama pemimpin BN Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.

Najib berkata, wakil rakyat dan pemimpin BN sekarang tidak boleh lagi bersikap seperti biasa dan perlu mendampingi rakyat untuk menyelami dan menyelesaikan masalah yang mereka alami.

"Kita tidak boleh lagi dengan pemikiran lama, pendekatan lama dan metodologi yang lama. Kita mesti melihat kepada metodologi yang baru kerana kalau generasi muda tidak minat menyokong kita, teruk kita pada pilihan raya umum akan datang.

"Justeru, BN kini perlu bersama-sama berubah sesuai dengan persekitaran dan keadaan politik sekarang. Kalau kita janji, kita tak tunaikan, itu akan menjadi satu tamparan kepada kita nanti. Jadi, saya mahu, apabila kita berjanji, kita mesti kotakan," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta semua parti komponen melibatkan semua kaum dalam aktiviti yang dianjurkan.

"Apa salahnya UMNO ambil berat apa yang berlaku di ladang-ladang dan estet serta kampung-kampung baru. Begitu juga apa salahnya MCA beri hadiah kepada pelajar Melayu yang dapat keputusan baik dan begitu juga MIC ucap tahniah bukan kerana saya bebaskan dua pemimpin Hindraf, tetapi juga termasuk 11 yang lain baru-baru ini," katanya.

Pendekatan tersebut juga merupakan sedikit sebanyak merupakan konsep 'Satu Malaysia' yang ditekan beliau pada masa ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meminta pemimpin BN Johor untuk terus mempertahankan tradisi bahawa negeri ini tetap menjadi kubu kuat BN.

Kembali ke halaman utama

Friday, April 17, 2009

Rosol lawan siapa ni… Ahmad atau istana?

Oleh Mohd Ali Mohd Hamdan

DALAM Berita Harian (Jumaat 17 April 2009), ADUN Ajil dan bekas calon Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Rosol Wahid secara terang-terangan mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan dengan alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.

“Kami sudah hilang keyakinan terhadap beliau. Terlalu banyak masalah yang mencerminkan kelemahan dalam mentadbir negeri…”

Dengan kenyataan Rosol yang tewas dalam percubaannya menumbangkan Tengku Putera Tengku Awang dalam perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu mendedahkan memang ada usaha sebenarnya mereka (10 ADUN) membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Maknanya, mereka tidak hadir ke persidangan DUN Terengganu bukan kerana ancaman melalui sms itu sebenarnya tetapi kerana mereka ‘yakin undi yang mereka rancang itu akan menjadi sia-sia’ kerana Ahmad sebagai Menteri Besar mendapat sokongan semua Exco dan ADUN-ADUN yang tidak terlibat dengan Geng 10 ini, kecuali ADUN Pas.

Berbaris khabarnya Geng 10 ini ke Kuala Lumpur. Mereka berusaha merosakkan citra Datuk Ahmad Said yang sudah ditakdirkan menjadi Menteri Besar Terengganu. Datuk Ahmad Said memang tidak pernah meminta dilantik menjadi Menteri Besar. Malahan, beliau setia kepada parti, ikhlas berbakti dan menjauhkan diri dari segala bentuk rasuah demi menjaga intergriti.

Ketika beliau sibuk menyusun dan melaksanakan segala pembangunan untuk rakyat Terengganu, sedangkan Menteri Besar sebelumnya sibuk dengan taikun dari luar Terengganu, rupa-rupanya ada orang yang sibuk berusaha menyenaraikan apa yang dianggap sebagai kelemahan Datuk Ahmad sebaga Menteri Besar.

Mereka tidak menggunakan saluran yang betul, sebaliknya mereka menjadikannya sebagai ‘satu pergolakan’ supaya Kuala Lumpur nampak agenda mereka itu. Geng 10 berusaha untuk menjatuhkan Ahmad kerana mereka nampak inilah jaan terbaik untuk memalukan Datuk Ahmad.

Umno sebenarnya tidak memerlukan orang-orang seperti ini. Itulah sebab mereka yang terlibat dalam Geng 10 ini ditolak di peringkat bahagian termasuk Rosol dan Din Adam. Walaupun Rosol kalah tipis di tangan Tengku Putera tetapi Din Adam kalah teruk di tangan Datuk Rosli Mat Hassan di Dungun.

Maknanya, ketika perwakilan Umno cawangan menolak mereka, perwakilan sudah membuat satu keputusan yang betul dan tepat. Perwakilan kenal hati budi mereka ini. Perwakilan tidak mahu Umno dirosakkan oleh mereka yang mengejar kemewahan dan jawatan.

Imej Datuk Ahmad dirosakkan. Secara tidak langsung mereka telah merosakkan imej Umno dan BN. Mereka sepatutnya tidak melakukan semua ini jika mereka masih ingat, peristiwa perlantikan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar.

Itulah sebabnya, ada cerita yang dijaja kononnya Datuk Ahmad sudah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak tahan dengan desakan ini. Namun, dengan tenang Datuk Ahmad berkata, “Ini tidak ada apa-apa bagi saya. Peristiwa perlantikan saya dulu lebih dahsyat lagi,”

Sebagai seoran pemimpin yang bersedia menghadapi ujian seperti ini, Datuk Ahmad dilihat lebih reda dari mereka yang tidak habis-habis mengimpikan jawatan untuk terus memberikan projek-projek besar kepada taikun ternama.

Mungkin ada janji yang belum ditunaikan kepada taikun. Geng 10 menjadi alat dan perkakas seserang mencapai matlamatnya.

Rakyat yang menderita. Pembangkang bersiap sedia mengambil kesempatan. Semua program yang diatur untuk Datuk Ahmad cuba digambarkan sebagai negative. Penulis-penulis politik, sama ada yang sudah ternama atau yang baru hendak merangkak dipergunakan. Ada yang secara terang-terang menjadikan blog sebagai ‘medan menabur fitnah’.

Datuk Ahmad tidak melatah. Malahan, sindiran Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan beliau tidak perlu takut dengan bayang-bayang disambut tenang oleh Datuk Ahmad. Baginya, rakyat dan parti adalah keutamaannya dan amanah yang diserahkan kepadanya mahu dipikulnya sebaik mungkin.

Secara perlahan-lahan, Datuk Ahmad mengarahkan jangan ada sesiapa kawan-kawannya termasuk dari kalangan Ketua-ketua bahagian yang membuat reaksi negatif terhadap apa yang berlaku sekarang. Malahan, beliau tidak mahu sesiapa menyerang Geng 10 seperti mana Geng 10 menyerangnya.

Inilah kelebihan yang ada pada Datuk Ahmad tetapi tidak ada pada Geng 10. Mereka melakonkan watak dalam satu drama yang direka khusus untuk mencabar Istana Terengganu dan mungkin mereka mahu mencontohi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang memilih mohon sembah derhaka dari Baginda Sultan Perak

Kembali ke laman utama

Wednesday, April 15, 2009

APA ISTIMEWA MUKHRIZ ? KALAU TIDAK BERIKAN PADA YANG MENANG JANGAN BAGI PADA YANG KALAH.

oleh: Mawar berduri

Persoalan yang masih bermain dalam fikiran rakyat dan juga ahli UMNO baik penyokong atau bukan penyokong Mukhriz adalah , bagaimana Mukhriz boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri . Inilah yang masih tidak terjawab dan pasti ianya akan menjadi satu pertanyaan sampai bila bila di fikiran rakyat. Apa istimewa Mukhriz, apa yang mendorong Najib memilih Mukhriz sebagai timbalan menteri. Ada yang berkata Mukhriz dilantik sebagai timbalan menteri bukan dasar kebolehan atau kelayakan beliau yang boleh menempatkan beliau di kerusi timbalan menteri. Ramai yang berkata Mukhriz dipilih atas dasar Tun Mahathir. Jika bukan kerana Tun Mahathir pasti Mukhriz tidak kemana. Bukan memihak kepada Khairy sebagai seorang penulis yang tidak pro kepada sesiapa saya berani berkata , antara Mukhriz sememang nya Khairy lebih baik dari Mukhriz. Kita letak isu rasuah , bagi saya isu ini adalah isu yang sememangnya terancang, isu yang mahu membunuh Khairy setelah beliau berjaya melonjakkan dirinya walaupun tidak lagi berdiri dibawah naungan Pak Lah. Apa yang mereka sangka sebelum ini semua nya salah apabila mereka menanggap Khairy akan tenggelam dan pupus setelah Pak Lah bersara. Tetapi malangnya Khairy membuktikan bahawa beliau boleh bangkit tanpa Pak Lah. Menyedari ini Mukhriz yang mendapat banyak pencalonan sebelum ini merasakan kedudukkan beliau tergugat dan penulis berani menyatakan bahawa sat perancangan untuk memburukkan Khairy berjaya dilaksanakan. Dengan tuduhan ini , Khairy sering dituduh dan hina oleh ayah Mukhriz berulang-ulang kali , kononnya Khairy rasuah , Khairy rasuah dengan tujuan untuk menghancurkan terus kerjaya Khairy dalam politik Dengan kedudukan Mukhriz sekarang , seumpama jalan pintas untuk melonjakkan Mukhriz sebagai hero kembali, menempatkan Mukriz ditempat teratas mengatasi Khairy dengan cara yang agak kotor. semua orang tahu , semua orang boleh mengaggak. Najib tidak perlu memberi apa apa explaination , anggapan mereka semua mudah saja , Najib dikontrol oleh Tun. itu saja anggapan mereka .


Ramai yang berkata ini satu konspirasi politik sila baca, satu konspirasi politik yang jijik sama yang banyak berlaku dizaman Tun Mahahtir dahulu sehingga Tun digelar sebagai maha zalim dan maha Firaun. ramai yang mengatakan bahawa ini satu kesilapan besar yang Najib lakukan dan ramai yang berkata najib akan menanggung akibatnya dalam masa terdekat angakara perbuatan ini. Sejarah banyak telah membuktikan bahawa Allah SWT sekarang banyak membalas secara tunai. Lihat apa yang berlaku kepada Mantan MB Selangor , apa yang terjadi dengan mantan Menteri Pelancungan, , ini akan kita ulas kemudian, Ini semua satu kenyataan walaupun pahit mahu kita telan atau terima tetapi inilah hakikat yang jelas berlaku. Pelantikan Dua wakil dari pemuda yang berada di bawah Khairy ke jawatan Timbalan Menteri adalah tidak lebih dari mahu megaib dan memalukan Khairy dan juga mahu membunuh kerjaya politik Khairy. jangan cerita pasa RASUAH , UMNO sendiri tidak memberikan guide line mengenai rasuah. Apa yang saya pasti sekarang Lembaga Disiplin UMNO dan juga SPRM sudah menerima aduan rasuah Mukhriz. isu ini tidak dpat kita elakkan kerana tangan yang menerima semasa pemilihan dan pencalonan UMNO ada menerima wang dari ketiga ketiga calon ini. Cuma niat pemberian itu sahaja yang sukar mahu kita difinasikan . tak mungkin hanya memberi RM 200 boleh menarik undi. lain lah kalau ianya berjumlah berpuluh ribu. Sebenarnya perwakilan pemuda sudah tentukan sendiri siapa yang mahu diberikan undi, Mukhriz juga ada berikan wang, Kita tunggu apa yang akan terjadi dalam masa terdekat ini , apakah laporan terhadap Mukhriz diterima atau diguna pakai oleh LDU dan SPRM ,Jika ianya ditolak , eloklah kita bangun dan fikirka sesuatu untuk bangun dan membersihkan UMNO secara kita kerana UMNO sendiri tidak mampu untuk jadi bersih.

Tapi agak memalukan bagi Mukhriz apabila rakyat tahu bahawa dia sebenarnya tidak layak untuk menjadi Timbalan Menteri setelah menjadi orang kalah tetapi dimenagkan oleh ayahnya dengan menuduh orang lain sebagai perasuah.lagi banyak kali Tun menyebut mengenai rasuah , lagi orang tidak percaya , yang percaya ahnaylah penyokong Mukhriz , penyokong yang gagal memenangkan bos mereka. Mukhriz juga bukan hanya kalah dengan Mukhriz tetapi kalah denga Khir Toyo. Belia juga pernah kalah bertanding Ketua Pemuda Bahagian. Apa jasa Mukhrzi kepada UMNO , kepada Pemuda, Pilihan raya kecil . beliau hanya sibuk berkempen untuk diri sendiri.Tun marah sangat dengan Khairy kerana dala pertandingan Ketua Pemuda sebenartnya buka Mukhriz saja yang kalah, Tun pun kalah , sebab yang berkempen bukan Mukhriz , senua Tun yang rancang , bayangkan dengan pengaruh Tun yang ada , bukan hanya 308 yang menolajk Tun dan Mukhriz, kita jangka silap faham , yang menyokong Khir Toyo juga menolak Tun dan Mukhriz. lebih dari 600 perwakilan tidak menyokong Mukhriz baca ini

Jadi di mana istimewanya Mukhriz sehingga dia boleh dilantik oleh Najib sebagai Timbalan Menteri, Najib tidak terfikir kah apa perasaan rakyat dan apakah presepsi rakyat . mungkin Najib tahu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana terpaksa dan terhutang budi .Silaplah jika Najib merasakan ini satu tindakan yang baik dan saya juga ada mendengar bahawa penyokong Khairy sekarang boleh menerima dan akur dengan Najib kerana tidak mahu ada kemelut yang baru dalam UMNO tetapi mereka haya berpesan , jangan tolak mereka jauh sangat ke dinidng , Khairy bukan bodoh dan penyokong Khairy juga bukan bodoh, takut kesabaran mereka nanti tercabar , UMNO tidak mampu lagi berpecah dalam keadaan sekarang. Ini pun ada yang berkata bahawa mereka sengaja digeletek oleh Tun dan Najib , nak tenguk mereka melatah atau tidak , kalau tak mahu beri yang menang , jangan lah beri yang kalah.Sendiri mahu ingatlah....
kembali ke laman utama

Tuesday, April 14, 2009

1. MACAM MANA RAKYAT MAHU UNDI BN - BARU MENANG JAWATAN NAIB SUDAH PAKAI 6 BODY GUARD KETIKA BERKEMPEN .

Teman baru saja mahu masuk kereta setelah selesai satu program, tiba - tiba teman terlihat seorang jejaka yang agak tampan di keliling tidak kurang dari 6 pengawal keselamatan , teringin juga teman mengintai , nak tahu siapa jejaka ini, mesti VVIP , kalau tidak masakan ada 6 pengawal keselamatan ataupun dalam bahasa popular Body Guard, Huh....dahsyat ni. Alang kah terperanjat apabila teman terlihat rupa-rupanya yang diapit oleh 6 pengawal keselamatan ini siap dengan walky talky ini adalah seorang VIP lah juga , yang baru saja memenangi kerusi naib ketua . Huh ini baru jadi Naib ketua , bagaimana kalau jadi timbalan menteri , tentu 12 orang , kalau jadi menteri tentu 18 orang , kalau jadi TPM tentu 24 orang , kalau jadi PM huh...puas pula teman nak kira berapa orang , maklum lah kawan ilmu hisab ni blurr sikit. Ilmu hisap ok lah.

Sebelah teman adalah sekumpulan pak cik , tanpa teman cakap apa -apa dia senyum bila tenguk kawan, sambil berlalu dia cakap kat teman , Yeop , macam mana nak menang Yeop , body guard nya saja 6 orang Yeop. Itu belum jadi menteri Yeop. Ketika teman jumpa dai tuh , belum umum lagi senarai perlatikan kabinet, Sekarang udah umum lah , sekarang dia dah jadi timbalan menteri, Huh tentu lah 12 orang pengawal keselamatan dia. Ialah orang baru dapat jawatan tinggi , orang tak biasa jadi orang penting , memang lah macam tuh.

Apa apa hal pun Yeop nak ucapkan tahniah lah kat timbalan menteri ini dan berpesan ngan beliau, jangan lupa diri ia.Tuhan tuh kalau nak rentap kedudukan kita , sekejap saja , tahu tahu kita dah jadi orang biasa, masa tuh barulah kita tahu untung nasib kita. Nyesal tak guna dah, Orang muda yang punya jauh perjalanan dan boleh pergi jauh lagi dalam arena politik. Man Man lah bro..

laman utama

Monday, April 13, 2009

Kerajaan Akan Jelaskan Mengenai Kementerian Pembangunan Usahawan

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang tidak lagi wujud ekoran pembentukan Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tunggulah," katanya kepada pemberita selepas beliau menyerahkan tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada penggantinya Datuk Mustapa Mohamed di sini hari ini.

Semasa mengumumkan barisan kabinet barunya pada Khamis lepas, Najib tidak menyebut mengenai MECD dalam senarai kementerian di bawah pentadbirannya, dan kemudian mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan bahawa semua agensi di bawah MECD disusun semula dan diserapkan ke beberapa kementerian lain.

Berikutan itu, terdapat laporan kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia mengenai nasib usahawan Bumiputera memandangkan tidak ada lagi sebuah kementerian yang khusus bagi menjaga kepentingan mereka.

Terdapat 11 agensi sebelum ini diletakkan di bawah MECD, yang termasuk Mara, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun), Bank Pembangunan, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA).

Mengenai Umno, Muhyiddin berkata sama ada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dilantik daripada kalangan Menteri Besar akan diputuskan oleh Najib selaku Presiden parti.

"Kalau ikut sejarahnya kadang-kadang begitu (menteri besar jadi pengerusi), kadang-kadang tidak begitu. Jadi kita akan lihat situasi di setiap negeri," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri lebih layak diberikan kepada Menteri Besar.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata pucuk pimpinan kadang-kadang perlu mendapatkan pandangan pemimpin Umno di peringkat bahagian dan negeri.

-- BERNAMA
Kembali ke laman asal

Tah apa-apa tah

Hebat betul apabila melihat Rais Yatim kembang hidung dan kembang segala galanya apabila dia berjaya mempertahankan kedudukan beliau sebagai menteri penuh dalam kabinet Najib, Berkepak lah si Rais Yatim ini yang mahu menceritakan bagaimana dia berjaya duduk di bawah 5 orang Perdana Menteri. Memang hebat Rais Yatim ini, teguk isteri pun tahu, jika mahu dibandingkan dengan Rais Yatim macam beauty and the beast. Dahsyat lah ayat dia memang power. Fikirkan lah , macam mana dia boleh duduk bawah 5 boss tapi kalah dalam pemilihan UMNO.Kalah pun boleh jadi menteri penuh , tak heran ke. Apa nak di hairan kan . Raja Nong Chik tuh , lagi menghairankan , Kerja dia ikut saja ke mana Najib pergi selama bertahun -tahun. Mana ada orang boleh buat macam Raja Nong Chik ini, Tapi dia orang yang baik , saya kenal dia , Dia memang orang UMNO. Apa mahu di hairankan , ini satu perubahan, berani berubah, Jika kita berani menegur , dapatlah masuk dalam senarai Najib. Tuh lah silap , kenapa tak menegur dan desak Pak Lah turun dulu, kalau tidak , busuk-busuk pun Tim Menteri. Tak payah bertanding dalam pilihan raya , tak payah menang MT, Najib lantik jadi Sanator saja , ok lah. Kali ini lah yang paling ramai jadi sanator, Lain jadi tak payah nak susah -susah tanding MT, Tak ada makna nya........Kalau nak bertanding , bertanding jawatan yang tinggi, kalah pun jadi Menteri juga ,tapi mahu bijak , cari ruang lah..... hebat hebat hebat

Kalah pertandingan Ketua Pemuda pun tak kesah ,,boleh jadi Timbalan Menteri , Miti lagi tuh.... banyak lah yang dapat AP nanti, Yang penting , cable mahu kuat lah , kalau cable tak kuat sorry lah. Minta -minta cable akan terus menungkat langit sampai dapat jadi Perdana Menteri.Kerja kebel bukan susah , buruk kan imej pesaing , jerit hari - hari rasuahg rasuah , kalau tak betul pun boleh jadi betul. Mula mula rancang agar lawan didapati bersalah atas tuduhan rasuah , lepas tuh laung kan hari hari. Nak menang memang tak boleh menang lah , tak layak nak guna kekuatan sendiri, Nafsu besar rapi tak terdaya. Tak semesti ayah doktor , mak doktor , anak pun berpikir macam doktor, Ialah setangkai kelapa bukan semuanya elok , ada juga yang komeng, kalau tak komeng buat apa masuk politik. Lagi baik jadi businessman. Kalah nangis , ngadu kat bapak . bapak pujuk , relek nak , jangan takut , sure punya jadi menteri. Ek eleee , bukan ke dulu kata kalau menang pun tak nak jadi menteri , tak nak jawatan dalam kerajaan. dah lupa ka... yang hairan yang kalah jadi menteri yang naib johan dibiarkan saja begitu. Tak apalah , nanti kalau tak kasi kena cekik pula, tapi tak best lah semua orang cakap , dapat jadi menteri sebab ayah tolong, Bukan sebab kehebatan sendiri, Nanti bila dah masuk opis jangan lupa , meja ayah,,,,,,,, nanti siapa nak tolong buat kerja..... Yang lagi tak best bila ada orang kata , najib bagi tak ikhlas. ha ha ha ha ha.......... kalau aku , tak kesah lah ikhlas tak ikhlas , amik aja lah.Apa ada hal. Lepas ni desak jambatan bengkok, kalau tak nak buat , cepat lah uncle Muhyiddin naik jadi PM.Ini kerja biasa buat punya...... Nasib baik dapat hadi tim menteri, Yang tukang sorak . tukang kutuk kat internet ketawa besar, aku kaya ..aku kaya dapat AP. kalau Tak nak beri ngan apa.

Ketua Pemuda boleh bagi apa..... 304 tuh mesti dapat kawal punya, budget banyak , lagi pun ayah boleh tolong lindung , siapa bising , ayah sembelih. Yang mati mati buat kempen hentam KJ dulu , gemuk lah , yang dah gemuk lagi gemuk lah , jangan mati kerana terlebih gemuk udah lah, macam mana nak jadi anjing nanti nak melalak. Tak apalah itu rezeki orang , nak buat macam mana, Dah rezeki dia , tak baik nak halang , kalau Najib boleh beri tempat istimewa, Tuan Menteri kena tukar kerja lah , Menteri buat kerja tim menteri , tim menteri buat kerja menteri. UMNO kan...... segala berkemungkinan.

Ke laman utama

Sunday, April 12, 2009

Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir


Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.

Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya ,BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.

Ketika Ayahanda membuat pengumuman untuk bersara , kami sekeluarga bagaikan tidak percaya dan kami sekeluarga begitu sugul dan amat bersedih. Sukar untuk mencari Ayahanda ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun setelah Ayahanda bersara dan jika saya tidak silap Ayahanda hanya berehat tidak sampai setengah tahun, Ayahanda sudah mula berpolitik kembali . Kami ketika itu sememangnya menyokong segala apa yang Ayahanda cakapkan , sememangnya Ayahanda adalah seorang yang bijak yang mempunyai daya fikir yang kuat dan matang. Pemikiran ayahanda sememangnya menjangkau ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan. Sememangnya sukar untuk kita mencari pengganti seorang lagi Tun Mahathir Mohammad. Memang sukar untuk kita mencari dan tidak mungkin akan kita ke temui lagi.

Maaf Ayahanda jika saya terkasar atau mana-mana ayat saya yang akan menyinggung perasaan Ayahanda selepas ini. Segala keistimewaan Ayahanda yang kami sanjung dahulu kini telah perlahan-lahan bertukar menjadi satu kejelekan dan kejijikan dalam hati saya . Saya cuba untuk tidak menanam perasaan kejelekan itu di hati saya , tetapi saya tidak berdaya kerana setiap hari Ayahanda menanam telah melakukan sesuatu yang membuat saya merasa jelak. Ini semua bermula hanya kerana dengan jambatan bengkok di mana di sini lah tersingkap the Through colour of Tun Mahathir.

Apa yang saya maksudkan adalah :

1. Terserlah sikap dendam Ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) Ayahanda telah menghina , mengherdik , mengaibkan orang yang Ayahanda pilih sendiri. Tidak cukup dengan Tun Abdullah, seluruh keluarga beliau menjadi mangsa sehingga anak perempuan Tun yang tidak pernah bersalah dan tidak langsung mencampuri urusan politik dijadikan bahan untuk Ayahanda aibkan. Menantu Pak lah yang tidak pernah menjawab atau memberikan respons terhadap setiap penghinaan Ayahanda dijadikan 'punching bag ' . Mujur Anak pasangan ini yang masih kecil ini tidak dijadikan bahan kutukan. Rakyat hanya memerhatikan sahaja dan menyimpan apa yang mereka lihat dihati mereka.

2. Ayahanda sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk memusnahkan UMNO kerana presiden UMNO pada ketika itu ialah Pak Lah dan akhirnya sebahagian sumbangan Ayahanda kita hampir tersungkur pada pilihan raya yang ke 12 dahulu. Tentu Ayahanda bersorak ketika itu. Akhirnya Ayahanda menekan Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Di pendek kan cerita Pak Lah telah pun selamat menjalankan peralihan kuasa, tetapi Ayahanda masih tidak pas hati masih menyerang Pak Lah sehingga saat akhir beliau mahu melepaskan jawatan. Selepas pak Lah melepaskan jawatan Ayahanda kini menyerang pula menantu beliau setiap hari sepanjang masa hanya kerana anak Ayahanda tewas di tangan menantu Pak Lah. Untuk pengetahuan Ayahanda , keputusan lembaga disiplin UMNO yang telah diumumkan langsung tidak menjadi kudis kepada perwakilan UMNO untuk memilih Khairy Jamaluddin kerana bagi mereka , semua itu adalah susunan pengaruh Ayahanda yang baik dengan mereka di lembaga disiplin , tidak perlu saya sebutkan nama. Tujuan sebenarnya adalah untuk memburukkan nama Khairy Jamaluddin dan untuk mengenakan Khir Toyo supaya anak Ayahanda yang pada masa itu tidak mendapat sokongan agar menang tanpa bertanding. Allah SWT itu maha kaya hasrat Ayahanda tidak kesampaian. Allah lebih berkuasa untuk menentukan segala Qada' dan Qadar.

3. Ayahanda terus tidak berpuas hati dan hampir setiap hari Ayahanda mengaibkan menantu Pak Lah. Saya tidak kenal dengan YB Khairy Jamaluddin , tetapi tiba-tiba perasaan simpati saya terhadap beliau kian tertanam dan saya jangka ini bukan berlaku hanya kepada saya tetapi mungkin benih simpati itu mula tumbuh dihati ramai rakyat Malaysia. Ayahanda perlu menerima hakikat bahawa Mukhriz Ayahanda sebenarnya a sore losser dan sebenarnya bukan merupakan calon yang popular kerana di cop sebagai masih menetek dan tidur dibawah ketiak Ayahanda. Benih yang baik akan menjadi pulau jika dicampakkan ke dalam laut. Tapi kalau benih itu tak baik , siramlah baja banyak mana pun tidak mungkin akan tumbuh .

4. Ayahanda sepatutnya berehat dan melunaskan alasan yang Ayahanda berikan ketika Ayahanda mahu bersara dahulu. Mahu menghabiskan masa dengan keluarga dan anak cucu, mahu berehat dan tidak lagi mahu memikirkan perihal politik dan kepimpinan kerajaan. 22 tahun Ayahanda memimpin , rakyat sudah boleh baca apa yang mahu Ayahanda lakukan. Bila Ayahanda bercakap jujur dan ikhlas , bila Ayahanda mereka cerita, bila Ayahanda tipu sunat , bila Ayahanda tipu beragenda, mereka sudah boleh baca. Memanglah mereka akan berlumba-lumba untuk bersalaman dengan Ayahanda bila bersua dengan Ayahanda , ini adalah kerana perasaan hormat dengan jasa yang tidak siapa boleh nafikan yang telah Ayahanda berikan ketika Ayahanda memimpin negara, itu di other siide of Tun Mahathir. Tetapi the other side of Mahathir yang lagi satu membuat mereka rasa jelek dan ada kala sudah sampai ke tahap yang agak merimaskan.

5. Ayahanda mahukan perubahan, tetapi Ayahanda sendiri yang tidak berubah , sudah hampir seminggu perubahan kepimpin berlaku , Ayahanda tidak berubah barangan sehari pun. Bukti kecilnya , kita gagal didalam dua pilihan raya baru- baru ini, bukan saya mahu kata yang kita kalah kerana Ayahanda, yang ingin saya katakan adalah kehadiran Ayahanda menyokong kerajaan baru tidak merubah kan apa-apa. Ini bermakna Ayahanda tidaklah istemewa sangat dalam senario politik morden ini, Ayahanda sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah bosan, hari ini Ayahanda keluar parti , lepas tu masuk balik, mana tanggungjawab dan kasih sayang Ayahanda kepada parti . Bagi saya Ayahanda lari dari parti kerana tewas dengan kesabaran Pak Lah.

6. Memang betul Mukhriz tidak berkecimpung dalam politik sewaktu Ayahanda menjadi PM , tetapi Mukhriz tidak pula tidak diberikan keistimewaan dalam perniagaan, anak-anak Ayahanda semuanya mendapat keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri, buat apa mahu berpolitik , lebih baik berniaga. Mukhzani adalah di antara 40 orang yang terkaya di Malaysia. Mukhriz kerana kini berkecimpung dalam politik tidaklah pula dapat kita trace kekayaan beliau, pasti mereka ini kaya raya. Inilah yang selalu Ayahanda ulangi , anak saya tidak dibenarkan berpolitik ketika saya memerintah, Apa salahnya jika mereka berpolitik , as long mereka tahu asas perjuangan. tetapi politik bukanlah sesuatu yang digemari oleh anak-anak Ayahanda.

7. Pak Lah sudah bersara, mungkin tidak lama lagi jambatan bengkok akan disambung kembali, kita tunggu saja dan lihat. Saya tak pasti tapi saya rasa mungkin. UMNO perlukan perubahan , jika UMNO tidak berubah maka UMNO akan diubah , jika UMNO mahu berubah tapi UMNO dipaksa berubah cara Ayahanda , tak ada maknalah perubahan itu, Ayahanda juga perlu berubah. Marilah kita sama-sama berubah. Kami sudah letih , kami sudah bosan , bergaduh sesama sendiri. Tolonglah Ayahanda.

8. DS Najib patut diberikan peluang untuk mencari identiti beliau sendiri, DS Najib patut diberikan peluang untuk merubah UMNO. DS Najib tidak patut diberikan bebanan dengan perpecahan sesama ahli parti. DS Najib patut diberikan ruang untuk berfikir sendiri. DS Najib patut diberikan masa dan waktu untuk mencorakkan kepimpinan beliau tanpa gangguan. Tidaklah perlu Ayahanda mencuri limelight dari beliau . Baru 5 hari beliau mengambil pucuk pimpinan , suara Ayahanda hampir sama banyak di dengar dari suara beliau. Sehingga kami kompius , siapa yang mengambil peralihan dari Pak Lah.

9. Biarlah DS Najib tentukan pasal Khairy, Tak payahlah hari hari Ayahanda berikan komen pasal Khairy yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan DS Najib. Perpatah Melayu ada berkata , Kalau betul Ayahanda benci biarlah berpada-pada , kita sesama umat islam. Sedangkan nabi lagi memaafkan. Tak perlulah Ayahanda menghebahkan orang ini rasuah , orang ini tidak baik , orang ini jahat , orang ini baik. Anak aku baik , anak orang jahat , menantu orang tuh jahat , menantu aku baik. Tidak ada sesiapa yang sempurna di dunia ini dan tuah kini membayar secara tunai. Takut nanti tuhan itu terbalikkan apa yang kita cakapkan .

10.Permintaan kami mudah saja, berihatlah Ayahanda, Tentu Ayahanda letih by now. Ketika Pak Lah sibuk sebagai PM , Ayahanda pun sibuk jua nak menjatuhkan Pak Lah. Pak Lah sudah berundur, beristirehatlah Ayahanda. Cukuplah kita sudah berpecah banyak kali, apa yang akan tinggal dalam UMNO nanti jika ini berterusan. Khairy juga ada penyokong. Kita berpecah pada semangat 46, kita berpecah semasa UMNO baru, ramai yang disingkir. Kita berpecah ketika Keadilan ditubuhkan, kita berpecah unoficial sewaktu kemelut Ayahanda dengan Pak lah, mampukah kita berpecah lagi, Kita ini sebenarnya sudah nazak. Ubat yang paling mujarab dan telah dikompromi olah Pak Lah adalah perubahan. Berubahlah kita.

Akhirkata , saya menyusun jari yang sepuluh, saya sedar siapalah saya mahu meulis kepada Ayahanda tetapi inilah akibat desakan hati dan nurani yang tidak tertahan lagi menunggukan perubahan dalam UMNO. Assalamualaikum.

daripada :
Mawarku Berduri.

http://www.walkdtalk09.blogspot.com

kembali ke laman utama

NAJIB PERLU ADA IDENTITI SENDIRI MENERAJUI UMNO DAN NEGARA

Nape... Najib tak boleh memerentah ke tanpa Tun, beri saja jawatan itu kepada Tun

Oleh Abang Mahmor

Dari mata kasar, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang baru dinobatkan sebagai Perdana Menteri KeEnam begitu rapek dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang agak sudah mula menjolok mata rakyat.

Menunjukkan mesra sangat sejak dari tarikh Mahathir hadir di akhir Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini jelas bahawa Mahathir begitu seronok apabila Najib teleh memegang jawatan Presiden UMNO. Berikutnya terus Mahathir sekeluarga menyertai semula UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Najib. Selepas itu, setelah Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Mahathir pun hadirlah sarapan dengan Najib. Riak kedua-dua public figure ini sudah kelihatan jelas.

Dalam hal ini, Najib harus sedar bahawa bukan semua rakyat Malaysia selesa dengan Mahathir. Kerana itulah apabila rakyat Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah membuang dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, ia diterjemahkan bahawa kehadiran Mahathir di kedua-dua tempat itu tidak memberi kesan langsung.

Najib harus sedar bahawa era ini adalah era bukan di zaman mereka lagi. Apa yang rakyat faham sekarang seolah-olah Mahathir walaupun menolak menjadi penasihat kepada parti dan kerajaan, tidak bererti Mahathir tidak campur tangan dalam urusan Najib.

Permulaan era Najib ini tidak menggambarkan sesuatu yang baik apabila Mahathir dilihat akan menjadi ‘penasihat peribadi’ kepada Najib. Lebih-lebih lagi desas desus sudah bermula yang Mahathir begitu benci dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mempengaruhi Najib supaya Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan dilantik apa-apa jawatan dalam kabinet nanti.

Malah Mahathir akan mencari jalan supaya Khairy akan dinyahkan dari arena politik UMNO. Sekiranya ini berlaku, ternyatalah bahawa Najib bukan dirinya sendiri dan sedang membentuk satu identiti orang lain dalam mencatur kerajaan Malaysia serta akan menjurus kepada kehancuran UMNO.

Sebelum ini, Najib dan timbalannya, Muhyiddin serta barisan jawatan-jawatan lain dalam UMNO akan memberi fokus membaiki UMNO dan mewujudkan satu suasana perpaduan baru dalam parti hendaklah berlandaskan ketulinan dan keikhlasan yang datang dari hati dan jiwanya sendiri, bukan dari pengaruh mana-mana insan lain yang menunjuk pandai.

Dalam hal ini, percayalah Pak Lah secara perlahan-lahan akan diketepikan dalam era pemerintahan Najib. Tetapi akan lebih malanglah jika Najib didominasikan oleh Mahathir yang bagaikan belum puas lagi mencatur parti dan negara dari apa yang beliau tunjukkan selepas tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan dan dalam parti.

Kemasukkan semula Mahathir dan keluarga ke dalam parti bagaikan menghina orang lain pada saat negara dan UMNO menghadapi keadaan getir. Tidak salah kalau ada yang mengatakan kehadiran Mahathir dalam ceramah yang kononnya akan membantu UMNO dan BN membawa suwei kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Mahathir usahlah lagi sibuk mahu menjadi pencatur UMNO kerana Najib bukan lagi budak-budak. Beliau sudah cukup matang untuk mencatur UMNO dan negara dengan caranya yang mempunyai bibit-bibit kepimpinan arwah ayahnya Tun Abdul Razak.

Dalam menghadapi masa depan UMNO, hanya barisan yang telah terpilih dalam pemilihan UMNO baru-baru ini sahaja berhak bergabung tenaga mencari jalan bagaimana UMNO harus mengatur langkah sebelum ianya terus tengelam.

Kalau Najib mula menunjukkan sikap prejudis, pilih kasih dan masih boleh dipengaruhi unsur luaran dari kepimpinan yang sahih, maka Najib tidak akan bertahan lama dan UMNO tamat di tangannya akan menjadi kenyataan.

*Kami mengalu-alukan kiriman dari pembaca - terima kasih kepada Abang Mahmor yang telah menghantar artikel kepada kami. walkdtalk@gmail.com

Kembali ke laman asal

DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN SEMUA, NAJIB KENA BERSIKAP TERBUKA, IKHLAS DARI AWAL

Oleh Mahfir Sabtu

Nampaknya kegetiran sedang menimpa kita semua lepas satu persatu datang menimpa. Sepanjang dari pertengahan tahun lepas, UMNO bergaruk dengan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian. Selepas itu sibuk benar kita dengan calon-calon mendapatkan pencalonan.

Selepas dapat pencalonan, mereka mencari undi pula dari perwakilan hinggalah ke tarikh 24 hingga 27 Mac lalu baru selesai. Dalam pada itu Lembaga Disiplin UMNO dan SPRM pun sibuk membentangkan orang salah dihukum, orang salah tidak dihukum dan mengeluarkan amaran. Ini termasuklah yang sudah menang pun kena juga jalani hukuman hingga terbantut segala perancangan di akar umbi.

Itupun nampaknya ia masih belum selesai lagi apabila sebaik sahaja selesai pemilihan dijalankan, orang UMNO terpaksa bertaburan bergegas ke tiga tempat pilihan raya kecil di DUN Batang Ai di Sarawak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang.

Ketika itu pembangkang sudah lama mendirikan khemah masing-masing dan menjalankan aktiviti kempen tak rasmi di tempat-tempat rebutan kawasan.

Di waktu itulah juga Tun Mahathir Mohamad bergegas mengisi borang keahlian UMNO dan menyertai semula UMNO bersama anak isterinya dengan tekat mahu membantu UMNO dan BN memenangi kawasan-kawasan pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Keputusannya 2-1 (Pembangkang 2 dan BN 1). Maka ramailah yang kecewa dalam terpaksa menerima hakikat keputusan yang telah rakyat membuat pilihan mereka di ketiga-tiga kawasan itu.

Kehadiran Tun Mahathir di Bukit Selambau terutamanya di mana beliau anak jati Kedah tidak dipandang oleh orang Kedah lagi. Mereka merasakan kehadiran Tun Mahathir yang sudah jadi tidak menentu dalam politik tidak perlu diberi penghormatan lagi.

Beliau dilihat oleh Rakyat Kedah sebagai orang yang kejap keluar UMNO, kejap lagi masuk semula UMNO semata-mata kerana atas satu sebab beliau benci dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang mana itulah orang yang dilantiknya.

Ia menjadi pelik pada bukan sahaja pengundi-pengundi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, tetapi seluruh rakyat Malaysia yang mungkin jumlahnya majoriti. Kehadiran Tun Mahathir tidak sama sekali membantu BN. Silap-silap kerana Tun Mahathir hadir menjadi antara faktor menyebabkan ramai yang menyokong BN sebelumnya pusing balik menyokong pembangkang kerana menyampah agaknya.

Selepas pilihan raya kecil habis, seluruh rakyat Malaysia menunggu pula saat-saat bagaimana susunan anggota kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah memegang jawatan Perdana Menteri untuk menentukan siapa layak kekal, siapa layak masuk dan siapa akan digugurkan dan siapa yang bakal dipinggirkan.

Memang sudah menjadi tabiat rakyat Malaysia menjadi ghairah mahu tahu siapa yang Najib pilih dan atas sebab apa mereka dipilih dan sebab apa tidak dipilih. Perkara ini bukan mudah bagi seorang Perdana Menteri baru walaupun Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri serentak dengan Pak Lah jadi Perdana Menteri.

Yang paling penting bagi semua parti komponen BN termasuk UMNO semestinya ialah apakah Najib menggunakan anggota-anggota pemimpin di peringkat Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagai penasihatnya secara collective atau dari kalangan kelompok yang rapat dengan beliau sahaja atau mana-mana bekas Perdana Menteri seperti Pak Lah dan Mahathir sama?

Kalau Najib seorang sahaja tidak mungkin kerana kalau beliau tidak minta nasihat dan pandangan dari sekurang-kurangnya dari tiga orang naib presiden untuk mencari satu keputusan membahagi-bahagikan tugas supaya kelihatan adil dan saksama sepertimana yang beliau janjikan sebelum ini akan menjadi perdana menteri yang tidak akan bertindak membabi buta.

Kalau Najib menggunakan individu untuk mendapatkan nasihat terutama yang jelas hari ini Tun Mahathir yang kelihatan tidak lekang dari perdana menteri baru ini, maka Najib boleh dianggap sedang menempah nahas untuk UMNO. Pastinya seperti Tun Mahathir mengeluarkan saranannya melalui blognya berupa amaran kepada Najib siapa patut dilantik dan siapa patut diketepikan. Kalau boleh, Mahathir mahu Najib ‘buang’ semua orang Pak Lah sebagai menunaikan dendam kesumatnya terhadap Pak Lah. Pastinya Khairy Jamaluddin ialah mangsa target utamanya.

Semua orang boleh membaca minda Tun Mahathir hari ini yang tentunya mahukan anaknya Mukhriz yang tewas Ketua Pemuda diberi tempat dalam kabinet kerana Mukhriz didakwa secara tidak langsung paling bersih dalam politik UMNO dan nasional.

Kalau Najib membuat lantikan salah pada Tun Mahathir, maka awal-awal lagi apa yang ditafsirkan dalam setiap tulisan Tun Mahathir dalam blognya, Najib akan dikerjakan pula sampai terkencit. Dalam hal ini, kasihan Najib. Apa yang dia mahu, sudah dapat jadi perdana menteri, tetapi malang baginya kerana Tun Mahathir sentiasa mahu sebelah beliau untuk menyampaikan bisikannya dan laksanakan apa yang disarankan. Pak Lah akan duduk diam memerhatikan sahaja gelagat-gelagat Tun Mahathir dengan Najib yang bukan main mesra lagi yang membawa maksud Najib kena dengar dan lakukan apa saja kata Tun Mahathir.

Kesimpulannya, sudah terlalu ramai berkata, kalau Najib membuat kesilapan dan tidak bertindak membuat pilihan dengan betul dan terpengaruh dengan bisikan Tun Mahathir, seterusnya Najib akan melakukan kesilapan demi kesilapan hingga membawa kepada perpecahan dalam UMNO. Dan UMNO terus berpecah dari segi rohnya hinggalah UMNO tidak sempat mengatur langkah dengan selamat bersama parti-parti komponen dalam BN untuk mengekalkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ingatlah bahawa sesuatu yang bermula dengan titik tolak awalnya ikhlas dan tidak berkepentingan, ia akan membawa kepada dua kemungkinan – selamat dan tidak selamat. Tetapi kalau ia bermula dengan titik tolak awalnya tidak ikhlas dan berkepentingan akan pasti tidak selamat dan membawa padah akhirnya.
Kembali ke laman asal

Syabas DS Najib dan barisan kabinet baru

Syabas kepada kepimpinan baru Datuk Seri Najib kerana telah membuat satu perubahan yang mantap dan penyusunan Kabinet yang baru. Syabas juga kerana Kabinet dikecilkan dengan wujudnya 40 Timbalan Menteri dan perbelanjaan yang baru bagi kos menampung lagi tambahan 20 orang Timbalan Menteri dan kakitangan mereka . Pada keseluruhan Kabinet ini nampak macam mantap dan kukuh cuma apa yang jelas dapat kita lihat adalah sebuah susunan yang di remote kontrol dari jauh. Apa apa pun adalah tidak patut jika kita menghukum dan mempertikaikan keputusan ini dan menuduh ianya sebaai kabinet remote kontrol tetapi tidak salah jika kita membincangkan.

Tujuan Najib mahukan KJ tumpukan kepada Pergerakan Pemuda UMNO sahaja boleh kita terima dan amat berpatutan kerana KJ dapat memberikan fokus yang penuh kepada pergerakan berkenaan. Ini mungkin satu hikmah kepada KJ dan ini juga jelas membuktikan bahawa KJ bukan mengejar jawatan ketika bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO.Ada logiknya Ketua sayap parti menumpukan kepada sayap parti berkenaan melainkan sayap parti Puteri UMNO dan Wanita. Mereka Ini tidak perlu menumpukan kepada sayap parti..... mungkin sayap parti mereka sudah mantap dan tidak berapa perlukan perhatian.... eh eh ... apa yang aku tulis ni. Apa yang saya maksudkan ialah kenapa semua ketua sayap parti dipilih dalam kabinet tetapi tidak kepada Ketua Pemuda. Apakah mungkin ada sebab sebab tertentu.

Kenapa naib Ketua dan Mukhriz yang tewas dalam pertandingan UMNO layak dilantik sebagai timbalan menteri. Naib Ketua Pemuda sebagai timbalan menteri. Apa juga keputusan Najib perlu kta akur dan kita patuhi sebagai ahli UMNO. walaupun ada yang berkata ini adalah satu Kabinet remote Kontrol dari jauh oleh ............... (sendiri mahu ingat lah , tak ayah ditulis . Kita juga tidak perlu pertikai kan kenapa Rais Yatim masih dalam kabinet , Beliau lah orang yang oaling rajin berdampingan dengan ketua remote kontrol. ada kala dia sorang saja yang hadir dalam program Ketua remote kontrol.

Keseluruhan nya sekali lagi kita mengucapkan kepada DS Najib kerana telah berjaya menyusun kebinet yang mantap , selaku ahli UMNO kia akur dengan keputusan yang telah diumumkan. Kita perlu berikan peluang kepada Perdana Menteri Baru dan Timbalan nya untuk membuktikan bahawa apa yang dilakukan oleh beliau adalah merupakan satu perubahan yang besar untuk parti. jika baik mereka fikirkan maka baik lah kita terima , jika ada yang merasakan tidak setuju , telan saja lah dahulu. Semoga UMNO akan berjaya kembali ke puncak kegemilangan .

Syabas kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ( siapa dia ni ek...... ) Tak apa lah nanti kita kenal lah dia. Kj bukanlah agenda besar untuk kita pertikaikan , yg kita pertikaikan ialah mana datang remote kontrol tuh.... ishhhh.....ok lah marilah kita berikrar untuk menyokong barisan kabinet baru ini. Dengan ini kami admin WalkDTalk dan pelayar berikrar akan menyokong kabinet baru ini dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nota: Kami menerima banyak sms yang memberikan banyak pandangan , namun kami tidak mahu mengeruhkan keadaan dan menjadi batu api , kami juga ada menghubungi beberapa penyokong kuat KJ , mereka akur dan menerima keputusan ini sebaiknya. Eloklah itu , tak kan tidak dilantik kita nak malukan UMNO , mereka buka budak kampung yang mana calon mereka tewas pertandingan sampai histeria dan sanggup maluka UMNO. Inilah bezanya penyokong KJ dengan penyokong orang tu.

Kami akan menyiarkan pendapat akar umbi yang menyuarakan pendapat mereka tanpa kami edit dan ulas , kita cuba menjadi telus dan dengar apa sebenarnya yang dipendam di akar umbi.

kembali ke laman utama

Dr M: 'Positif' Khairy tidak tersenarai

bukit selambau mahathir campaign visit 060409 02"Positif" - demikian reaksi mantan perdana menteri apabila ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam jemaah menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan petang ini.

Sambil berkata tindakan itu membuktikan perdana menteri sanggup bertindak tegas terhadap rasuah, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyifatkan barisan kabinet baru itu tanda "pembersihan dalam parti" sedang berlaku, lapor Bernama.

"Najib bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit," katanya hari ini.
"Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya ketua Pemuda (Khairy) yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (Umno).

"Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti."

Dengan ketegasan dalam menangani rasuah, bekas presiden Umno itu percaya perdana menteri boleh juga bertegas dalam perkara-perkara lain.

"Ini satu pendirian yang tegas oleh Datuk Seri Najib.

"Oleh itu saya berasa kalau dia dapat beri pendirian yang tegas dalam perkara ini, perkara lain juga dia akan mempunyai pendirian yang tegas," Dr Mahathir dipetik berkata.

Mengulas pelantikan anaknya sebagai timbalan menteri, beliau menggesa Datuk Mukhriz Mahathir menyelesaikan masalah penjualan permit import (AP) kenderaan yang pernah menimbulkan kontroversi beberapa tahun lalu.

Negarawan itu turut yakin bekas exco Pemuda Umno itu boleh menjalankan tugas dengan baik di kementerian tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

"Dia akan dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya harap dia akan menangani masalah dalam pemberian permit import (AP) kepada mereka yang menjual AP," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Najib mengumumkan barisan kabinet pertamanya dengan melantik Mukhriz - seperti dispekulasikan - sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Ditanya mengenai pelantikan anak ketiganya, Dr Mahathir berkata: "Saya gembira. Walaupun jika dia tidak dilantik, tak apa."

Mengulas sama ada pelantikan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebagai
menteri kewangan kedua boleh membantu Najib - yang juga menteri kewangan - menangani kelembapan ekonomi, Dr Mahathir berkata:

"Saya tak tahu nak nilai Husni tapi saya tahu (Tan Sri) Nor
Mohamed Yakcop mempunyai kebolehan dalam bidang itu dan saya fikir tentulah dia dapat memberi pandangan."

Bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri , Ahmad Husni menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang dipindah ke Jabatan Perdana Menteri

kembali ke laman asal

Khairy: Saya tidak kecewa

khairy jamaluddinKetua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli parlimen Rembau berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.

"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.

"Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut.

Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.

Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.

Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.

Khairy bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada campur tangan dalam pelantikan anggota kabinet baru itu.

Kembali ke laman asal

Ingin tahu untuk menyokong PM

Persoalan yang rakyat mahu tahu yang perlu dijawab oleh Perdana Menteri. Sebenarnya siapa kita PM nak jawab soalan kita. PM tidak refer to bloggers untuk susun Kabinet . tak pa kita mahu tanya juga. PM tak jawab tak apa , kita akan tanya juga, PM kata dia mahu dengar semua pendapat rakyat , apa salahnya kita bertanya dan berikan pendapat kita. Kita kan sudah berubah. PM kata dia suka orang yang berani menegur dan berani berubah, Saya mahu jadi orang yang PM suka. mana tahu satu hari nanti PM akan lantik saya jadi Menteri Kabinet, Saya tak perlu bertanding MT dan tak perlu menang pilihan raya dan saya tidak perlu bertanding. PM boleh lantik saya jadi Senator kemudian saya boleh jadi Menteri. tak perlu apa - apa , janji PM sukakan saya.

Soalan 1.
Apa bezanya Syed Hamid dengan Rais Yatim. Dua dua ahli Parlimen, dua dua kalah MT. Dua dua juga Menteri di zaman Pak Lah. cuma Hamid tak pergi program Tun, Rais pergi walaupun dia seorang saja yang pergi. Hamid tak desak Pak Lah , Rais desak.

Soalan 2.
Apa bezanya Puad Zarkashi dengan Noraini Ahmad, Beza satu lelaki satu perempuan, ok fine. dua dua ahli Parlimen dari Johor. cuma Noraini tak desak Pak Lah tapi tak pula tidak pula menghalang desakan.

Soalan 3.
Apa bezanya Khaled Nordin dengan Syed Hamid - dua dua dari Johor, Dua Dua kalah MT , dua dua bekas menteri zaman Pak Lah?

Soalan 4.
Apa istimewanya Mukhriz Tun Mahathir - Kalah Pertandingan Ketua Pemuda UMNO , tempat ketiga, tak rasuah ...he he he jangan tipu lah, kami dapat duit dari Mukhriz yang di sampaikan oleh Tun Faizal. ek eleh jangan tipu lah , suruh Mukhriz bersumpah di Masjid, baru kami percaya duit itu duit Tun Faizal bukan duit Mukhriz. TAK PAYAH LAH NAK TIPU , KAMI BUKAN BODOH,meluat dengar orang yang bagi rasuah mengaku bersih or sebab dia Anak Tun. or Tun ada berdehem .... ehem ehem ...... Mukhriz SPM gred 3 , macam mana boleh menjadi Timbalan Menteri , kenapa Khir Toyo tak lantik jadi Senator dan angkat dia jadi Menteri . Tun tak nak kan......KJ tak payah tanya lah, dah tahu jawapan nya. Hari hari Tun menyalak benda yang sama, kami tahuuuuuuu........

Soalan 5.
Chop kejap ini untuk Mukhriz , Tak malu ke jadi menteri atas tiket ,apa apa lah tapi buka atas kelayakan diri. atas dasar ayah yang ..apa apa lah....... tak apa lah....

Soalan 6.
Kata kecil kan Kabinet , kenapa ada 40 Timbalan Menteri ini buka kecil . Baling aja batu kat mana mana saja di Putra Jaya itu , tentu kena kereta Timbalan Menteri.Berapa belanja timbalan Menteri , kereta proton 40 biji, Body guard 40 orang. belum lagi SUA , SUS , SUSK, Pegawai Khas Set Pol, Kerani , dispatch , tea lady . driver , ini semua kali 40. belum masuk lagi Menteri. Pergi mana -mana saja minta kad dari orang kat the mall , mesti ada logo kerajaan , kerja dengan timbalan menteri.

Soalan 7.
Apa istimewanya Raja Nong Chik. ? siapa dia ni. Guru Besar, Toke Chendol , Penjual Apam Balik. Kmai tak tahu , Kami mahu ahu saja.

Soalan 8.
Apa dahsyat nya Noh Omar ini, saya cuma nak tahu ,sebab saya tak nampak apa pun istimewa dia , kadang-kadang dia cakap pun saya tak faham. or sebab dia presiden Ansara.

Soalan 9.
Kenapa di panggil Kabinet rakyat , adakah sebab ada 6 ke 7 rakyat yang di lantik jadi Senator. atau pun sebab ada rakyat lain yang dah pencen serahkan borang UMNO sekeluarga yang remote kan lantikan ini?

Soalan 10 .
Kenapa Timbalan UMNO berdiri sebelah PM sebelum diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ke sudah jadi Timbalan sebelum diumumkan .

Soalan 11.terlebih lah pulak ......
Apakah menteri besar yang tewas sewaktu MT akan disingkirkan - 2 lantikan sultan (1 tuh lantikan agung) 1 lagi orang kampung (Pahang) satu tuh orang Pak Lah.

Bukan mahu kata Kabinet ini tak mantap, mantap cuma nak tahu yang ini saja, yang lain tu sememangnya mantap. cuma tak faham yang ini saja. Bila sudah faham saya akan setuju.
kiriman : Zahariman Ismail Kuala Pilah

Kembali ke laman asal

Kertas Politik Pertama Bagi Khairy

Keciciran dari Kabinet Najib


BIARPUN menggunakan gebal setebal mana sekali pun Khairy Jamaluddin tidak boleh menyembunyikan rasa kecewanya kerana tidak dilantik sebagai anggota Kabinet. Khairy boleh berkata dengan seribu kata-kata politik, namun hakikatnya beliau sendiri tidak boleh menolaknya. Hati kecilnya tetap bertanya sendiri, kenapa.. kenapa dan bagaimana?

Bagaimana tidak kecewa, penyusunan Kabinet baru itu sebahagian daripada tektik untuk memalu dan kemudian membunuhnya secara senyap dalam geluk Umno.
Khairy berkata, sehari sebelum Najib mengumumkan Kabinet sulungnya, beliau dipanggil oleh Najib. Najib memaklumkan secara diplomasi dan meminta beliau menumpukan kepada pemuda Umon untuk menarik pengundi muda yang makin berkurangan menyokong Umno. Alasan Najib itu ada benarnya juga namun alasan itu dilihat sebagai pelapik untuk tidak melihat Khairy melenting. Itu saja.

Khairy cuba mempamerkan wajah, dia menerima pandangan dan cadangan Najib itu. Tetapi apakah beliau terlupa untuk bertanya balik Najib apakah tugas untuk memulihkan sokongan orang muda hanya tergantung dibahunya sahaja? Bagaimana dengan orang lain, puteri dan wanita. Apakah pengundi muda yang lari dan serit dengan Umno itu hanya lelaki?

Jika Najib ikhlas dengan harapannya itu dan Khairy pula ikhlas untuk memikulnya, apakah ia termampu dilakukan Khairy dengan tangan kosong saja. Siapa yang akan memandang kepada Khairy kalau beliau pergi atau turun ke bawah menemui orang muda dengan tangan kosong. Bila masa Umno mula tidak melihat kepada wang dan kuasa? Selama ini pun kenapa orang mengerumuni ke majlis Umno ialah kerana menanti benda dan mereka dipanggil pun dengan material.

Dalam politik Umno tanpa wang, jawatan dan kuasa, apa yang seseorang itu boleh lalukan? Tidak ada siapa yang akan hormat dan pedulikan Khairy selepas ini.

Mungkin majlis-majlis pemuda yang melibatkan Mukhriz akan lebih ramai daripada yang dihostkan oleh Khairy kerana Mukhriz ada benda. Jawatan timbalan menteri MITI itu adalah senjata dan daya penarik kepada Mukhriz? Mahathir pun telah awal-awal mengatakan anaknya itu boleh mengawal pemberian AP kereta? Apa maksud semuanya itu.

Ada yang membuat kesimpulan dan menerima hikmah di sebalik keciciran Khairy itu sebagai ujian kepada Khairy? Khairy patut mengambil kesempatan menunjukan jiwa besarnya dalam Umno. Keciciran itu juga ujian butnya. Jika beliau melepasi ujian ini maka beliau akan diberikan hadiah lumayan. Tetapi sejauh manakah Khairy mempunyai kekuatan atau antibodi yang pejal untuk melawannya.

Pada saya itu hanya janji saja. Nasib Khairy dalam hal ini samalah Nasib pemuda miskin yang ada nafsu mencintai seorang gadis. Beliau mahu berkahwin dengan gadis berkenaan. Tetapi beliau tidak mempunyai wang untuk kahwin. Maka itu beliau dinasihatkan supaya berpuasa agar menahan nafsunya. Mudah-mudahan dengan berbuat begitu pemuda itu akan mendapat pahala kelak. Nah begitulah juga nasib Khairy dalam soal ini.

Nun.. di luar sana Khairy sedang berhadapan dengan berbagai persoalan mencakupi moral dan maruah. Bagaimana Khairy hendak berdepan dengan pemuda terutamanya yang mengharapkan ketua pemuda diangkat atau sekurang-kurangnya dikekalkan kedudukan ketua pemuda seperti sebelum ini?

Mungkin bagi Khairy tidak menjadi masalah, beliau boleh menerima takdir yang disengajakan itu. Sebagai seorang yang bijak dan berfikir secara kreatif dan sedar beliau boleh bergerak. Sebagai seorang yang setia mendalam kepada Umno yang diasuh sejak kecil mencintai Umno oleh ibunya, Khairy boleh menerima dan redha dengan apa yang berlaku. Tetapi bagaimana dengan pemuda atau penyokongnya yang mengira-ngira mengenai kuasa dan kedudukan? Yang berfikir kemenangan dalam parti akan diimbuhkan dengan jawatan dalam kerajaan?

Tindakan Najib itu mengecewa golongan ini dan dianggap tidak adil kepada mereka. Tindakan Najib itu juga menyebabkan pemuda akan beranggapan bahawa memenangi jawatan belum tentu seseorang itu akan dilantik menjadi menteri. Persepsi ini lama kelamaan menyebabkan pemuda yang sudah terbibit dengan kebendaan dan kuasa berdekad-dekad akan menjadi lemah untuk berjuang.

Bukan itu saja, akibat tidak dilantik menjadi jemaah menteri, Khairy terus terhina dan diludahi dengan kehinaan. Misalnya Dr Mahathir Mohamad terang-terang memberi tahu kepada dunia keciciran Khairy itu disebabkan Khairy terjerumus dalam rasuah. Beliau bertepok tangan kononnya Umno bersih dengan ketiadaan Khairy.

Walaupun orang melihat sikap Mahathir itu kerana dendam tidak sudahnya dengan Khairy namun kerana ia diulang-ulang lama kelamaan orang akan menerima ia sebagai benar. Khairy akan dilihat bukan saja 'hitam' tetapi kotor tindakan politiknya. Dalam masa sama orang akan memaling kepada Mukhriz itu sebagai putih bersih dan bersinar banar!

Apakah dalam politiknya Mukhriz tidak terlibat dengan rasuah? Hanya Mukhriz dan perwakilan pemuda Umno saja dapat menjawabnya. Saya tidak fikir kalau Mukhriz dari golongan mukhlisin dan maksum. Kerana agumen saya mudah saja, masakan kamu bersih sedangkan kamu berada dalam sistem yang akan mengisarkan diri kamu menjadi kotor!

Kesimpulannya keciciran Khairy dari kabinet Najib itu adalah permulaan yang perlu difikir sebaik mungkin oleh Khairy. Sekiranya beliau mempercayai kepada janjii dan kata-kata manis Najib ia adalah satu kesilapan. Khairy harus ingat rukun-rukun dan sifat politik yang berbunyi; penuh kontroversi,perlu pandai eksplotasi, kena tahu memanipulasi, dan bijak membuat persepsi dan harus bersedia untuk bersikap hipokrasi.

Rukun-rukun atau ciri-ciri ini bukan saja perlu dihafal oleh ahli politik tetapi ia juga kena dipakai (praktikan), di sepanjang masa terlibat dalam politik. Sekiranya rukun-rukun ini tidak dipakai maka tunggu sajalah seseorang itu akan mati!

Sesungguhnya apa yang menimpa Khairy hari ini adalah kertas politik pertama yang beliau harus kena kaji dan mempelajari dengan penuh teliti dalam rencana untuk mencapai Phd dalam politik. Ingat jika beliau gagal maka usianya dalam Umno tidak akan berapa panjang! [wm.kl. 5:30 pm 10/04/09] anda boleh melayari blog uncle Sayuti di sini ~

Kembali ke laman asal

Kita tidak mahu kehilangan P


Dalam banyak banyak isu nampaknya isu pemuda juga yang hangat diperkatakan , mengapa Pergerakan ini menjadi perbualan kebanyakan bloggers dan juga penganalisis politik. Semenjak pemilihan sehinggalah keputusan telah diumumkan dan sah sudah Khairy Jamaluddin adalah Ketua Pemuda UMNO , tetapi isu ini tetap dibangkitkan lagi.

Senarai saf saf yang DS Najib yang dikatakan yang telah insaf sudah pun dihidangkan oleh orang-orang tertentu mengikut cita rasa nya dan DS Najib telah pun merasa hidangan yang dihidangkan dan telah mengangkat ibu jari nya ...ermmmmm sedapnya. Inilah hidangan yang DS Najib pinta, walauapun DS Najib meminta rakyat yang menghidangkan Saf Saf berkenaan tetapi Saf Saf yang dihidang oleh rakyat telah di hijack sebelum sampai Putrajaya oleh orang yang kelihatan sentiasa memagar Najib semenjak beliau menjadi Perdana Menteri. Hari hari orang ini bercakap dan bercakap lebih dari PM bercakap. Bila kita tanya PM orang ini akan bercakap - Lihat ini dia bercakap lagi. Macam dah kompius , siapa PM?

Adakala kita rasakan kita kehilangan DS Najib semenjak dia menjadi Perdana Menteri , kita hanya nampak bayang-bayang dia dilindungi oleh orang ini dan juga Timbalan nya.Apa kata bloggers lain mengenai isu Khairy ini. sememangnya Khairy bukan lah fokus kita tetapi isunya semakin hari semakin hangat dan semakin ramai yang mahu mengetahui tentang diri nya.

Kembali ke laman asal

Rumah siap , pahat dah mula berbunyi....



Berita 1 -Najib perjelas peranan Khairy

11/04/2009 7:47pm

PATTAYA 11 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.

“Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia,” kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

“Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota Umno, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti.

— BERNAMA

Berita 2 -‘Tidak boleh puaskan semua’

PATTAYA 10 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihannya dalam mengisi barisan Kabinet barunya mungkin tidak mampu memuaskan hati semua orang memandangkan perkara yang paling utama ialah kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, rakyat mesti merasa gembira dengan Kabinet itu.

“Adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota UMNO termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.

Najib yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 berkata, beliau telah menekankan sebelum ini bahawa rakyat mesti didahulukan, diikuti parti dan kerajaan.

“Namun saya ambil kira kedudukan parti juga. Bukan bermakna mereka diketepikan sepenuhnya...bukan begitu,” katanya.

Ketika ditanya bila beliau akan memulakan lawatan ke negara Asean setelah mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April lepas, Najib berkata sebelum melakukan lawatan seumpama itu, beliau mahu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.

Najib berkata, memandangkan beliau telah menamakan anggota Kabinetnya, beliau akan menjelaskan secara terperinci kepada barisan menterinya mengenai penekanan dan fokus Kabinet baru itu.

“Saya perlu memberikan mereka hala tuju dan apa yang diharapkan,” katanya sambil menjelaskan bahawa beliau kemudiannya akan melihat struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan.

Menurut beliau, apabila semuanya berjalan dengan baik, beliau akan memulakan lawatannya ke negara-negara ASEAN. – BERNAMA

Nota 1: Benar DS Naji tidak boleh mengebirakan semua orang , susah kerana terlalu ramai , yang penting seorang dua saja yang penting gembira , kira ok lah.......

Nota2: Rais dedahkan rahsia boleh bekerja dengan lima PM , Memang benar , bukan senang nak kerja dengan 5 PM kalau tak tahu main wayang atau tak tahu bakar jambatan, Lidah tak boleh lurus/

Kembali ke laman utama

Konspirasi pemilihan UMNO


Teori pemilihan UMNO - Terima Kasih kerana sudi berkongsi pandangan dengan kami - bagi anda yang mahu berkongsi pendapat , hantarkan ke walkdtalk09@gmail.com
Tulisan ini adalah olahan kembali dari Sdr Mohd Alam Ismail - Jasin Melaka .

Tajuk - konspirasi pemilihan UMNO

1 Ali Rustam dijadikan korban kerana janji DS Najib dengan Tun dan juga TS Muhyiddin dan juga Tun Mahathir . Dalam konspirasi ini Najib dijadikan Bad Boys untuk mendesak Tun Abdullah untuk letak jawatan. DS Najib hanya memainkan peranan sebagai orang baik yang cukup sabar menunggu saja Pak Lah bersedia meletakkan jawatan,. Mungkin ini telah disusun ketika Najib bertemu dengan Tun Mahathir. TS Muhyiddin akan mendesak dan jika rancangan ini berjaya , Najib janjikan tempat timbalan presiden UMNO merangkap Timbalan Pedan Menteri. Apabila proses pemiliha berlanjutan , tiba-tiba klimak geng perubahan menjadi sejuk , ke populariti Muhyiddin jatuh dan ke populariti Mukhriz juga jatuh dan ketika itu kebangkitan Ali Rustam , Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo memuncak meneggelamkan DS Muhyiddin dan juga Mukhriz.

2.Sesuatu perlu dilakukan untuk menyekat kemaraan ketiga pemimpin ini. Ali Rustam mesti dihalang , Khairy dan Khir Toyo juga perlu dihalang dan agar ianya tidak ketara , Khir Toyo dilepaskan tetapi nama beliau agak tercemar kerana ada tuduhan dan nama Khairy Jamaluddin hancur dan boleh menyekat kebangkitan beliau dan Tun akan terus mengulangi dan mengulangi rasuah dan rasuah dan kalau boleh Lembaga Displin telah didesak untuk menyingkirkan Khairy kerana Khir Toyo telah pu tersingkir. Ali Rustam juga telah tersingkir. Muhyiddin menang dengan cara yang tidak gentelman. Mukhriz tewas dengan cara yang memalukan . Kalah dengan cara tidak gentelman tidak seperti Khir Toyo yang tewas dengan bergaya. Mukhriz perlu digilap kembali. Pemuda dipersalahkan kerana tidak memilih Mukhriz. Tun terus mengulangi Khairy Jamaluddin , Rasuah .......

3. Line up - MT juga kalau kita baca ada lah line up yang telah disusun, Syabas ,,,, Mereka yang mendesak menang , dan dimasukkan dalam senarai kebinet. Hamid kalah, Sharir yang begitu kebal dahulu kalah. Mohd Taib kalah , line Pak Lah tewas semua nya. Azalina tewas.

4. Tun sememangnya ternyata benci dengan Khairy Jamaluddin , Ali Rustam , Azalina , Shahrir dan Mohd Taib. Itu tak apa asalakn mereka i i tidak bencikan Tun. kita tak boleh benci dengan Tun kerana dia negarawan yang banyak berbakti kepada bangsa dan Negara, menjadi kesalahan yang besar jika membenci Tun . Jasanya kita tidak terbalas , tetapi tidak salah jika kita meluahkan perasaan tidak senang hati akan sikap beliau yang terlalu berdendam dan membenci yang tiada batasan nya.

5. Tun membuat kenyataan akhbar dua hari sebelum penamaan calon, Beliau berkata bahawa dia tidak mencampuri susunan kabinet Najib, Alhamdulillah kerana Tun membenarkan DS Najib membuat keputusan sendiri dengan guide line yang Tun berikan jangan ada pemimpin rasuah yang beliau hari hari tekan. Ini memalukan UMNO kerana Tun hari harti kata pemimpin UMNO rasuah, KJ bertanding kerana dia dibenarkan bertanding, kenapa bila KJ menang Tun pertikai kan kemenangan dia. kemudian kita minta rakyat sokong kita. macam mana rakyat mahu sokong bila kita selalu burukkan UMNO. Yang hairan mana Tun tahu Mukhriz dalam kabinet jika dia tidak pujuk DS Najib untuk selit kan Mukriz. Mana Dia tahu KJ tidak tersenarai. tak apa mungkin sememangnya cara kita bekerja selalu ada soalan bocor.

6. Apa istimewanya Mukhriz jika kita bandingkan dengan MP lain yang menang dalam MT. Apa kebolehan Mukhriz jika tidak ada Tun. Mukhriz bukan bijak dan brilliant yang boleh berfikir dan boleh mengubahkan satu keadaan yang kritikal.Mukhriz tidak disenangi juga oleh bangsa asing. Tak tahu lah selain dari berkokok sewaktu ada isu dan bersikap biadab , Berani menegur , memang Muhkriz berani menegur.cara menegur Mukhriz tidak menepati adat dan budaya bangsa Melayu. menegur adik ada cara nya , menegur orang yang lebih tua ada caranya.

7. Sekali lagi ingi saya ulangi , Mukhriz di gambarkan sebagai pemimpin yang paling bersih. Ini boleh diterima kerana mereka yang tidak mendapat habuan dari Mukhriz boleh menerima nya, Bagaimana dengan tangan - tangan yang menerima.

8.Mana keadilan kepada Khir Toyo, mana keadilan kepada Mohd Taib dan juga Ali Rustam. Pastinya selepas ini , MB yang kalah akan disingkir. Malainkan yang dilantik oleh Agung dan yang berasal dari tanah tumpah DS Najib.

9. Inikah yang dikatakan perubahan. Mungkin terlalu awal untuk kita menghakimkan, Kita juga patut memberikan peluang kepada DS Najib untuk membuktikan perubahan, terlalu awal untuk menghakimi. jelasnya seminggu pertama tidak menampakkan perubahan tetapi hanya menampakkan DS Najib dibayangi Tun Mahathir. Mungkin penulis silap. Tapi itu yang penulis nampak dan penulis tidak boleh menipu diri penulis sendiri. In i tidak bermakna penulis betul, penulis boleh menerima kesilapan penulis jika ada bukti yang membuktikan penulis salah.

10 . Penulis akui kabinet ini mantap melainkan ada seorang dua yang tidak layak berada dalam kabinet. mungkin DS Najib ada alasan beliau sendiri, kita tunggu 2 minggu yang akan datang akan perubahan yang drastik .yang pasti Penulis menyokong kepimpinan DS Najib dan walaupun ada sedikit terluka tetapi ianya tidak bererti penulis tidak menyokong PM. Penulis tidak mahu jadi kaki ampu yang mengampu dan menyokong membawa rebah, Tanya Parpu Kari.

---------->Kembali ke laman utama

perfectwater75 said...

Salam,

Mesti kena ada kambing hitam untuk menghilangkan jejak kambing putih...

UMNO parti KASTA dan MONARKI jadi tak hairan kalau konspirasi ini memang benar sekalipun...

thx!

gotahlantun said...

FUUUH...!

MACAM 69...
PONING KEPALO DEN!

D'Rimba said...

Konspirasi penuh inspirasi tu....Memalukan perubahan apa entahla yang pasti terus tegar melaksanakan acuan Barat tanpa utamakan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati....Kementerian Pembangunan Usahawanpun boleh gugur walaupun penting bangunkan ekonomi bumiputera

Mesra Sokmo said...

Kenapa UMNO tolak hukum Allah, hudud, Qisas, Takzir dll. Boleh ke Tolak hukum Allah dan ambil hadhari > kafirlah tu bagi mereka tolah hukum Quran. Nak sekongkol lagi ... dah nyata dah tu. Mengumpat, tak diambil kira bila kita didalam bicara Mahkamah dan bila sesaorg kaki botol itu memang sentiasa minum walaupun berkali dinasihat. tetapi tetap minum @ tetap buat dosa berterusan. Tolak UMNO kafir tu, kita pakat beri sokongan padu kePakatan Rakyat demi tegakkan hukum Allah, kecuali Karpal Sign seorg, itu pun dah nak ikut PM Najib. Buat masa ini tak boleh laksanakan hudud sebab ganguan puak UMNO yg menggunakan Polis, ISA dan hasutan TV3, Utusan, RTM dll yang selalu mengintai utk buat hura hara negeri perintah pembangkang. Natang UMNO tunggu PRU13, mu masuk kuborlah