Friday, April 17, 2009

Rosol lawan siapa ni… Ahmad atau istana?

Oleh Mohd Ali Mohd Hamdan

DALAM Berita Harian (Jumaat 17 April 2009), ADUN Ajil dan bekas calon Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Rosol Wahid secara terang-terangan mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan dengan alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.

“Kami sudah hilang keyakinan terhadap beliau. Terlalu banyak masalah yang mencerminkan kelemahan dalam mentadbir negeri…”

Dengan kenyataan Rosol yang tewas dalam percubaannya menumbangkan Tengku Putera Tengku Awang dalam perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu mendedahkan memang ada usaha sebenarnya mereka (10 ADUN) membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Maknanya, mereka tidak hadir ke persidangan DUN Terengganu bukan kerana ancaman melalui sms itu sebenarnya tetapi kerana mereka ‘yakin undi yang mereka rancang itu akan menjadi sia-sia’ kerana Ahmad sebagai Menteri Besar mendapat sokongan semua Exco dan ADUN-ADUN yang tidak terlibat dengan Geng 10 ini, kecuali ADUN Pas.

Berbaris khabarnya Geng 10 ini ke Kuala Lumpur. Mereka berusaha merosakkan citra Datuk Ahmad Said yang sudah ditakdirkan menjadi Menteri Besar Terengganu. Datuk Ahmad Said memang tidak pernah meminta dilantik menjadi Menteri Besar. Malahan, beliau setia kepada parti, ikhlas berbakti dan menjauhkan diri dari segala bentuk rasuah demi menjaga intergriti.

Ketika beliau sibuk menyusun dan melaksanakan segala pembangunan untuk rakyat Terengganu, sedangkan Menteri Besar sebelumnya sibuk dengan taikun dari luar Terengganu, rupa-rupanya ada orang yang sibuk berusaha menyenaraikan apa yang dianggap sebagai kelemahan Datuk Ahmad sebaga Menteri Besar.

Mereka tidak menggunakan saluran yang betul, sebaliknya mereka menjadikannya sebagai ‘satu pergolakan’ supaya Kuala Lumpur nampak agenda mereka itu. Geng 10 berusaha untuk menjatuhkan Ahmad kerana mereka nampak inilah jaan terbaik untuk memalukan Datuk Ahmad.

Umno sebenarnya tidak memerlukan orang-orang seperti ini. Itulah sebab mereka yang terlibat dalam Geng 10 ini ditolak di peringkat bahagian termasuk Rosol dan Din Adam. Walaupun Rosol kalah tipis di tangan Tengku Putera tetapi Din Adam kalah teruk di tangan Datuk Rosli Mat Hassan di Dungun.

Maknanya, ketika perwakilan Umno cawangan menolak mereka, perwakilan sudah membuat satu keputusan yang betul dan tepat. Perwakilan kenal hati budi mereka ini. Perwakilan tidak mahu Umno dirosakkan oleh mereka yang mengejar kemewahan dan jawatan.

Imej Datuk Ahmad dirosakkan. Secara tidak langsung mereka telah merosakkan imej Umno dan BN. Mereka sepatutnya tidak melakukan semua ini jika mereka masih ingat, peristiwa perlantikan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar.

Itulah sebabnya, ada cerita yang dijaja kononnya Datuk Ahmad sudah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak tahan dengan desakan ini. Namun, dengan tenang Datuk Ahmad berkata, “Ini tidak ada apa-apa bagi saya. Peristiwa perlantikan saya dulu lebih dahsyat lagi,”

Sebagai seoran pemimpin yang bersedia menghadapi ujian seperti ini, Datuk Ahmad dilihat lebih reda dari mereka yang tidak habis-habis mengimpikan jawatan untuk terus memberikan projek-projek besar kepada taikun ternama.

Mungkin ada janji yang belum ditunaikan kepada taikun. Geng 10 menjadi alat dan perkakas seserang mencapai matlamatnya.

Rakyat yang menderita. Pembangkang bersiap sedia mengambil kesempatan. Semua program yang diatur untuk Datuk Ahmad cuba digambarkan sebagai negative. Penulis-penulis politik, sama ada yang sudah ternama atau yang baru hendak merangkak dipergunakan. Ada yang secara terang-terang menjadikan blog sebagai ‘medan menabur fitnah’.

Datuk Ahmad tidak melatah. Malahan, sindiran Datuk Seri Idris Jusoh yang mengatakan beliau tidak perlu takut dengan bayang-bayang disambut tenang oleh Datuk Ahmad. Baginya, rakyat dan parti adalah keutamaannya dan amanah yang diserahkan kepadanya mahu dipikulnya sebaik mungkin.

Secara perlahan-lahan, Datuk Ahmad mengarahkan jangan ada sesiapa kawan-kawannya termasuk dari kalangan Ketua-ketua bahagian yang membuat reaksi negatif terhadap apa yang berlaku sekarang. Malahan, beliau tidak mahu sesiapa menyerang Geng 10 seperti mana Geng 10 menyerangnya.

Inilah kelebihan yang ada pada Datuk Ahmad tetapi tidak ada pada Geng 10. Mereka melakonkan watak dalam satu drama yang direka khusus untuk mencabar Istana Terengganu dan mungkin mereka mahu mencontohi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang memilih mohon sembah derhaka dari Baginda Sultan Perak

Kembali ke laman utama

No comments:

Post a Comment