Sunday, April 12, 2009

Rumah siap , pahat dah mula berbunyi....



Berita 1 -Najib perjelas peranan Khairy

11/04/2009 7:47pm

PATTAYA 11 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.

“Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia,” kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

“Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota Umno, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti.

— BERNAMA

Berita 2 -‘Tidak boleh puaskan semua’

PATTAYA 10 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihannya dalam mengisi barisan Kabinet barunya mungkin tidak mampu memuaskan hati semua orang memandangkan perkara yang paling utama ialah kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, rakyat mesti merasa gembira dengan Kabinet itu.

“Adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota UMNO termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.

Najib yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-14 berkata, beliau telah menekankan sebelum ini bahawa rakyat mesti didahulukan, diikuti parti dan kerajaan.

“Namun saya ambil kira kedudukan parti juga. Bukan bermakna mereka diketepikan sepenuhnya...bukan begitu,” katanya.

Ketika ditanya bila beliau akan memulakan lawatan ke negara Asean setelah mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April lepas, Najib berkata sebelum melakukan lawatan seumpama itu, beliau mahu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.

Najib berkata, memandangkan beliau telah menamakan anggota Kabinetnya, beliau akan menjelaskan secara terperinci kepada barisan menterinya mengenai penekanan dan fokus Kabinet baru itu.

“Saya perlu memberikan mereka hala tuju dan apa yang diharapkan,” katanya sambil menjelaskan bahawa beliau kemudiannya akan melihat struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan.

Menurut beliau, apabila semuanya berjalan dengan baik, beliau akan memulakan lawatannya ke negara-negara ASEAN. – BERNAMA

Nota 1: Benar DS Naji tidak boleh mengebirakan semua orang , susah kerana terlalu ramai , yang penting seorang dua saja yang penting gembira , kira ok lah.......

Nota2: Rais dedahkan rahsia boleh bekerja dengan lima PM , Memang benar , bukan senang nak kerja dengan 5 PM kalau tak tahu main wayang atau tak tahu bakar jambatan, Lidah tak boleh lurus/

Kembali ke laman utama

1 comment:

  1. Betl lah yg penting , Mukhriz puas hati kerana jika Mukhriz puas hati Tun pun akan puas hati.

    ReplyDelete