Wednesday, April 22, 2009

Masih menunggu sentuhan DS Najib

Kini kesah jambatan Bengkok sudah mula diperkatakan kembali setelah Tun Lah melepaskan jawatan beliau kepada DS Najib. Ramai yang berpendapat bahawa jambatan ini mungkin akan disambung kembali pembinaannya setelah terhenti seketika di waktu pemerintahan Tun Lah. Banyak pendapat yang pro dan yang kontra kita dengar mengenai jambatan bengkok ini. Ada yang mengatakan bahawa dengan terbenanya jambatan bengkok ini dapat melonjakkan sedikit ekonomi Malaysia dan ada juga yang tidak bersetuju kerana ketika dunia menghadapi krisis ekonomi dan kita melaburkan banyak wang untuk membangunkan jambatan berkenaan.

Penulis percaya Anwar and the geng sedang menunggu sahaja keputusan Perdana Menteri untuk meneruskan jambatan bengkok ini untuk menyerang DS Najib dengan tuduhan tuduhan seperti kerajaan membazirkan wang rakyat ketika ekonomi dunia sedang menghadapi kemelut .Tentu sekali Anwar juga akan menyatakan bahawa DS Najib ditarik hidung oleh Tun M kerana DS Najib juga adalah di antara orang penting dalam kabinet ketika keputusan membatalkan jambatan ini dibuat.

Tun juga ada berkata dia tidak akan mencampuri urusan kerajaan dan keputusan DS Najib , DS Najib boleh buta keputusan sendiri tetapi beliau akan tetap menjawab setiap persoalan wartawan dan menulis dalam blog. Betullah tidak campur ketika mesyuarat kerajaan kerana Tun mana boleh masuk ketika DS Najib bermesyuarat tetapi mencampuri melalui keyataan dalam akhbar dan juga penulisan dalam blog dan inilah juga yang dilakukan ketika kerajaan Tun Lah. Kenapa sekarang Tun menyatakan bahawa dia tidak campur , betul ke ? baru beberapa minggu dahulu dia mencampuri dengan tulisan yang agak sinis berbau arahan. Pembaca bukannya bodoh lagi. mereka sudah boleh memikirkan. Akhirnya Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri. Apa hebat Mukhriz , layak ke Mukhriz ? inilah persoalan yang dimainkan oleh rakyat sekarang. Campur tangan dan penampilan Tun dalam beberapa minggu pentadbiran DS Najib agak mencemarkan sedikit imej DS Najib . maaf penulis terpaksa berterus terang dan dengan itu juga penulis rasakan imej DS Najib kini menjadi bahan media-media asing. Tun juga menyedari ini but Tun can't help to poke himself into the goverment business.

Tun tidak mahu campur dalam urusan kerajaan , Tun menentang pendapat Najib mengenai isu pilihan raya kecil Penanti. berikan lah DS Najib berfikir sendiri dan membuat keputusan sendiri. Kerana DS Najib adalah Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Bagi penulis sehingga hari ini penulis belum nampak lagi keputusan yang dibuat oleh Najib melainkan perancangan masa panjang dan walaupun senarai kabinet adalah mantap tetapi banyak lagi kelemahan yang boleh dipertikaikan yang mana ada yang melantunkan bayang -bayang Tun turut sama merancang senarai Kabinet berkenaan , (tak perlu penulis nyatakan , tahu sama tahu) Penulis merasa takut , takut jika DS Najib akan tenggelam dibawah bayangan Tun M kerana penulis menyifatkan kekalahan Mukhriz ketika pemilihan Ketua Pemuda UMNO lalu adalah kerana Tun.

Hari ini DS Najib terpaksa membuat kenyataan , jika mahu menegur biar lah bertempat. ini bermakna sudah ada suara-suara yang mula berbunyi. Bukankah baru-baru ini DS Najib ada menyatakan bahawa beliau mahu mendengar suara rakyat, jika beliau mahu mendengar suara rakyat , beliau kenalah dengar apa saja yang rakyat tegur dan membuta penilaian , Beliau tidak sepatutnya mengharap untuk mendengar yang baik baik sahaja. Penulis tidak mahu pisang berbuah dua kali , penulis takut UMNO tidak akan pulih dan terus di rundung malang sehinggalah kita dihukum pada pilihan raya UMUM 13. Sejarah telah membuktikan bahawa Tun M mampu menghancurkan UMNO , UMNO lama sudah tiada. Tun ahli pertama . Allahyarham pemimpin lama kita tidak lagi dalam UMNO sekarang kerana Tun adalah ahli pertama. Tun peduli apa dengan UMNO beliau boleh keluar lagi dari UMNO . UMNO kian tipis setelah beberapa proses kerisi krisis yang berlaku dalam UMNO di waktu zaman Tun. Tun juga telah mengusir banyak ahli UMNO Ketika memburukkan kerajaan Tun Lah.

Hari ini UMNO mungkin akan berpecah lagi, percaya lah........ kita lihat saja dan tunggu pembabitan Tun mencampuri urusan UMNO dan kerajaan , pasti UMNO akan berpecah lagi dan penulis berani menyatakan dan mencabar Tan Sri Muhyidin Yassin membuktikan bahawa penulis adalah salah kerana menyatakan apa yang dirancangjkan oleh Tan Sri Muhyiddin tidak akan terlaksana dalam masa dua tahun. Sebaik sahaja mengumumkan bahawa UMNO akan dan BN akan kuat dalam masa dua tahun tiba-tiba sahaja UMNO Terengganu bergolak dan tidak mustahil kita akan dihalau oleh rakyat Terengganu pada PRU 13 nanti. Kemelut di Terengganu ini sememangannya akan memakan masa yang panjang untuk dipulihkan. begitu juga kemelut yang sama berlaku di Perlis.

Sebenarnya UMNO tidak mampu menghadapi perkara ini lagi, UMNO sepatutnya berubah , apa yang dapat kita lihat sekarang yang berubah adalah pucuk kepimpinan UMNO. Tetapi UMNO masih sama di takuk yang lama. Usaha cantas mencantas masih kuat dan masih berlaku. Perasuah yang menunding dan berselindung dalam kabinet masih ramai. Akar umbi yang meneria rasuah dari mereka yang masih dalam kabinet ada ramai diluar. ini tidak dapat kita lindungi , kerana yang menerima mereka yang menjadi perwakilan dan pengundi , mereka tahu duit siapa yang mereka terima dan orang yang memberi masih ada segar bugar dalam kabinet DS Najib. orang yang kotor berlagak bersih pun ramai. Munkin DS Najib sendiri tahu dan akar umbi sudah tentu tahu.Banyak yang mahu penulis tulis , tetapi tak mengapalah , kita tunggu perkembangan selanjutnya dan tersu terang penulis menyatakan bahawa penulis masih tertunggu sentuhan ajaib DS Najib yang original . Hopefully DS Najib akan mendapat sentuhan beliau dengan beberapa segera kerana setiap kali penulis melihat DS Najib sekarang penulis nampak wajah Tun di belakang DS Najib.
kembali kelaman asal

3 comments:

  1. Imej adalah penting untuk seseorang dapat diterima dengan baik dan selesa dalam kalangan tertentu. Cumanya dalam era ICT, kekuatan imej seseorang dengan mudah dapat dijana dan semudah itu juga dapat diconteng. Yang diperlukan hanyalah usaha, pengalaman, kefahaman psikologi dan ketekunan.

    Kini ICT menjadi medium paling berkesan untuk mana-mana pihak menjatuhkan imej lawan masing-masing mengatasi medium bercetak kerana disebabkan beberapa kelebihan yang dimiliki oleh medium ICT tetapi tidak dimiliki oleh lain-lain medium komunikasi dan maklumat.

    Cumanya agenda politikawan lawan menjadi lebih mudah apabila ianya turut dibantu (sama ada secara langsung atau secara tidak lansung) menerusi suara-suara sumbang dari dalam. Lebih-lebih lagi kalau suara sumbang tadi keluar bukan dari calang-calang mulut. terutama kalau mulut tadi adalah mulut tempayan, vokal, sinis, merendah-rendahkan wibawa dan berunsur 'fatwa' (arahan halus).

    Rasa-rasanya kalau perkara yang sama turut berlaku pada Pakatan Rakyat (PR), ia akan juga menghasilkan kesan yang sama iaitu bibit-bibit kejatuhan. Sebab itulah apa saja kebobrokan yang dilakukan oleh PR, kebobrokan itu akan dengan cepatnya di sapu ke bawah karpet secara bersepakat kerana mereka tahu sangat akan impak sampingannya kalau tidak berbuat demikian.

    ReplyDelete
  2. dengar khabar Mukhriz akan dilantik sebagai MT esok dan jika ini berlaku kami berani mengatakan nyawa DS Najib tidak akan panjang .sian jika ini berlaku. najib bagikan lembu ditarik hidung ...... kalau done pula deal jambatan bengkok, kompirm 6 bulan sahaja , Rakyat sudha mula bosan , mcm ni apa perubahan , lagi lemah dari Pak Lah , kurang2 Pak Lah lawan juga Tun,najib kata setiap kritikan dihargai , tetapi ia handaklah dibuat dgn carabetul, pada masa dan tempat yanf bertepatan ,ada ke kritik kena tunggu masa dan tempat. sudha ramai ke yang kritik.

    ReplyDelete
  3. Bila telor kita dah kena pegang sebelah.. nak buat tindakan sendiri pun tak berani nanti org tarik telor dah senak... kesian dia kesian dia kesian dia kesiannnn diaaaaaa....apa nak jadila dgn negaraku malaysia tercinta...
    selagi pimpinan peringkat tertinggi masih mengamalkan konsep kipas dan jilat selagi itu la negara kita akan berada d takuk yg sama atau lebih buruk.. bangkitla malaysia..

    ReplyDelete