Sunday, April 12, 2009

MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT


Oleh Salim Selamat

Khairy Jamaluddin kata dia tidak kecewa kerana tidak tersenarai dalam saf kabinet baru. Beliau sudah mengetahuinya sebelum ini setelah Najib berbincang dengan beliau supaya menumpukan perhatiannya kepada Pemuda yang diketuainya. Mungkin benar.

Apa yang menjadi persoalan besar ialah mulut Tun Mahathir masih menyebut kegembiraannya yang Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak dilantik apa-apa jawatan dalam kabinet.

Mahathir tidak habis lagi mahu melebelkan Khairy adalah Papak Rasuah yang sengaja dibangkitkan tanpa henti bagi menunjukkan betapa hatinya masih tebal dengan kebencian terhadap anak muda yang telah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO di musim ini mengalahkan anaknya yang kononnya sebersih kain putih.

Melihat wajah Tun Mahathir yang disebut sebagai orang tua, seorang negarawan, seorang yang telah memerintah negara ini selama 23 tahun lamanya masih tidak puas hati berada di luar kerajaan. Dia terus mahu memerintah lagi sepertimana Menteri Kanan Singapura yang menjadikan negaranya kepunyaan peribadi dan turun menurun.

Orang lain tidak pandai perintah. Dia seorang saja yang tahu memerintah walaupun gelodak di bawah hanya tuhan saja yang tahu.

Walau apa pun wadah yang dilemparkan Mahathir, apa pun yang diamanatkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Khairy, yang penting hari ini ialah Khairy sudah berada di landasan yang betul. Beliau sudah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, ketua pemuda negeri, ketua pemuda bahagian sekali gus mengetuai Ketua Pemuda BN selain dari seorang ahli parlimen.

Dengan kapasitinya hari ini, Khairy sememangnya sudah dilihat sudah cukup kukuh kedudukannya. Biarlah apa pun orang mahu kata kerana orang yang mengata itu bukan mahu menongkat dunia.

Najib yang malu alah dan mungkin sedikit sebanyak turut sedang didominasikan oleh Mahathir pun pastinya turut sama resah dengan tindakan-tindakan Mahathir. Selagi bekas pedana menteri itu masih ada, mulut Najib agak tersumbat, kaki dan tangannya berantai dan bebola besi.

Sebenarnya tugas dan amanat yang Mahathir pikul selama ini untuk meletakkan Najib sudah tercapai. Beban amanat yang dipikul selama ini untuk menyampaikan hasrat amanat bekas-bekas perdana menteri sebelum ini sudah terlaksana. Itulah misi besar Mahathir semasa hayatnya selama menjadi PM dan selepas.

Hal-hal lain, Mahathir boleh lepas tangan. Apa nak jadi pada Malaysia ini bukan lagi tanggungjawabnya lagi. Sebagai menyokong PM baru, Mahathir perlu tunjuk di awal-awal ini sahaja. Dia tidak akan pergi jauh untuk ambil tahu apa terjadi selepas ini.

Malah kalau UMNO nak lingkup pun, lingkuplah selepas ini. Orang Melayu nak kena ‘perkosa’ dengan pembangkang pun gasaklah. Hinggakan kalau dia pejam mata selepas ini pun, dia sudah puas hati kerana telah melaksanakan matlamatnya memberikan Najib tempat dan sudah pasti anaknya Mukhiz berada di tangan yang selamat.

Yang penting selepas ini ialah Khairy yang belum reda dari kritikan secara luar etika kemanusiaan dari Mahathir, harus membuktikan keupayaannya membawa pemuda ke satu arah slogan setiakawan yang rapat tanpa ada perasaan wasangka yang bukan-bukan untuk menghadapi musuh-musuh UMNO yang terlalu ingin melihat UMNO terjerumus jauh dari ingatan orang Melayu tentang jasa-jasanya.

Generasi muda perlu dididik semula melalui pengajaran berbahasa, hormat ketua, hormat orang tua, jauhi sifat menentang membabi buta, kembali ke asas perjuangan bangsa, agama dan tanah air, jangan mudah terpengaruh dengan dakyah buruk, sentiasa awas dengan musuh serta berwadah, bervisi dan bermatlamat dalam hidup ini demi kebaikan semua orang.

Sedarkan mereka betapa negara ini akan menjadi hak mereka selama-lamanya dan setiap orang ada tanggungjawab mengekalkan identiti kita yang kaya dengan budi pekerti, beradap dan berbudaya sendiri.

Biarpun nanti bila apa-apa program anjuran pemuda yang diketuai Khairy tidak mendapat sambutan ramai, tetapi yang kita mahu ialah sedikit tetapi berkualiti tinggi. Bukan ramai yang prinsipnya rapuh. Sedikit demi sedikit dulu kerana ia pasti akan membukit kalau kita jujur dan ikhlas mengharunginya.

Namun Khairy untuk berasa patah hati, kecewa atau lemah semangat tidak perlu timbul. Beliau kena teruskan perjuangan sepertimana yang telah dijanjikan kerana mana yang iri hati atau buruk sangka atau sentiasa mencari jalan ‘membunuh’ semangat orang betul akan menerima balasannya di dunia dan akhirat.

Khairy perlu buktikan karier politiknya boleh hidup walaupun tanpa Pak Lah, boleh hidup bersama Najib dan Muhyiddin, boleh hidup walaupun ‘dipijak, dilenyek, dihempas’ orang yang tidak puas hati dengannya.

Suatu hari dulu, Mahathir pernah kena pecat dari UMNO. Beliau pernah bertelagah dengan Tunku Abdul Rahman, pernah menghadapi keadaan getir ketika berlawan dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Semangat 46) di mana bermulanya politik wang yang ketara dari kalangan orang Mahathir sendiri semata-mata untuk menang.

UMNO pernah diharamkan zaman Mahathir hingga terpaksa tubuh UMNO baru di mana bermulanya sakitnya UMNO untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO.

Lihatlah sejarah itu secara dekat betapa UMNO mengalami saat-saat getirnya di tangan Mahathir yang orang ramai sanjung lagi sebagai negarawan.

Ketika itulah Mahathir menerima gelaran Maha Firaun dan macam-macam nama yang lebih menjijikkan dari orang Melayu sendiri. Dia pernah menangis dan melolong nak berhenti tapi tak jadi. Pernah berhenti kerana marahkan Pak Lah tetapi orang lain tidak ikut tindakannya. Terlalu kecil semangatnya terhadap bangsa dan parti. Dia keseorangan agak lama hinggalah baru-baru ini masuk balik UMNO yang tidak membawa erti apa-apa.

Jadi, kesimpulannya, cabaran dan penghinaan yang Khairy terima dari Mahahir sangat kecil dari apa yang Mahathir sendiri telah lalui. Tidak hairanlah kalau hatinya tidak sebersih kata-katanya yang sentiasa mencari musuh politik dalam hidupnya.

Musuh pertamanya Tunku Abdul Rahman. Kemudian berpindah kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Selepas itu Anwar Ibrahim. Lepas Anwar, Pak Lah dijadikan musuh. Sekarang Khairy Jamaluddin. Selepas ini kita fikirlah sendiri siapa yang akan menjadi musuhnya sebelum dia benar-benar berhenti daripada bermusuhan.

Semua musuh-musuhnya terdiri dari orang yang beliau pernah kenal rapat. Bila dia dapat musuh baru, dia lupalah musuh lamanya. Itulah Mahathir.
Kembali ke laman utama walkdtalk09


10 comments:

  1. bukan nasihat-menasihati boleh membawa kebaikan.. janganlah terlalu banyak prasangka. apa juga pandangan berfikirlah secara positif..

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya Tun berika lalauan kepada pemimpin yg ada melaksanakan amanah mereka dengan kebebasan, Bersaralah dengan keamanan. Saya memberikan 1 tahun 6 bulan sahaja bagi Tun mencetuskan satu lagi fonemena peperangan keluaraga dengan Datuk Seri Najib. mark my Words. jika Najib boleh menjadi lebih popular dari Tun , pasti Najib is the next Victim.

    ReplyDelete
  3. Pendapat bukan berdasarkan fakta. Pendapat bukan bersandarkan sejarah. Pendapat dangkal menafikan segala kenyataan. Tulisan bertujuan memburukkan seseorang. Please...

    ReplyDelete
  4. Nasihat penasihat yang berniat nasihat membawa kebaikan, nasihat penasihat yang berbau dendam membawa bencana, hari hampir senja kain di sidaian bellum berangkat , jangna biarkan kain berembun ....... nanti kembung perut bila dipakai.

    ReplyDelete
  5. Tun sememangnya di anggap sebagai mahazlim oleh sebahagian dari rakyat ketika beliau memerentah dahulu , kini sebahgian penyokong Pak Lah pula mulai muak degan beliau, kebelakangan ini bertambah ramai lagi ahli UMNO yang bertambah mual , rasanya Tun perlu bertanggungjawab atas kekalahan di Bukt Gantang dan Bukit Selembau, jentera Bn telah berkerja keras tetapi disaat akhir dihancurka dengn kemasukan Tun dlaam UMNO kembali,

    ReplyDelete
  6. artikel yang dangkal ....adakah yang dimusuhi tun merupakan orang orang yang di sayangi rakyat??

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This article is indeed an EXACT example of the pot calling the kettle black.

    Penulisnya tidak akan berasa sihat kalau dalam sehari tak dapat meludah Tun Dr. Mahathir.

    Akma, sebenarnya lebih ramai rakyat muak dengan orang seperti kamu. Semuanya nak salahkan Mahathir? Selesaikah masalah kalau hanya meludah Mahathir setiap masa?!

    Hasnah Harun, clearly, you're indeed a "pengadu domba".

    ReplyDelete
  9. Pendapat yang banyak kebenarannya walaupun pahit

    Hakikatnya, kehadiran PM di dua bukit tidak membantu langsung. Mahathirism telah berkubur. Apalagi kini beliau kini yang flip flop.

    Generasi baru belum kenal siapa Mahathir, Golongan Lama dah muak den TDM

    Hanya pemimpin yang bolih mengembalikan orang muda kembali kepada BN yang di perlukan sekarang ini. YANG PASTI!!!!! BUKAN TDM

    kHAIRI KOT??????????

    ReplyDelete