Wednesday, April 15, 2009

APA ISTIMEWA MUKHRIZ ? KALAU TIDAK BERIKAN PADA YANG MENANG JANGAN BAGI PADA YANG KALAH.

oleh: Mawar berduri

Persoalan yang masih bermain dalam fikiran rakyat dan juga ahli UMNO baik penyokong atau bukan penyokong Mukhriz adalah , bagaimana Mukhriz boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri . Inilah yang masih tidak terjawab dan pasti ianya akan menjadi satu pertanyaan sampai bila bila di fikiran rakyat. Apa istimewa Mukhriz, apa yang mendorong Najib memilih Mukhriz sebagai timbalan menteri. Ada yang berkata Mukhriz dilantik sebagai timbalan menteri bukan dasar kebolehan atau kelayakan beliau yang boleh menempatkan beliau di kerusi timbalan menteri. Ramai yang berkata Mukhriz dipilih atas dasar Tun Mahathir. Jika bukan kerana Tun Mahathir pasti Mukhriz tidak kemana. Bukan memihak kepada Khairy sebagai seorang penulis yang tidak pro kepada sesiapa saya berani berkata , antara Mukhriz sememang nya Khairy lebih baik dari Mukhriz. Kita letak isu rasuah , bagi saya isu ini adalah isu yang sememangnya terancang, isu yang mahu membunuh Khairy setelah beliau berjaya melonjakkan dirinya walaupun tidak lagi berdiri dibawah naungan Pak Lah. Apa yang mereka sangka sebelum ini semua nya salah apabila mereka menanggap Khairy akan tenggelam dan pupus setelah Pak Lah bersara. Tetapi malangnya Khairy membuktikan bahawa beliau boleh bangkit tanpa Pak Lah. Menyedari ini Mukhriz yang mendapat banyak pencalonan sebelum ini merasakan kedudukkan beliau tergugat dan penulis berani menyatakan bahawa sat perancangan untuk memburukkan Khairy berjaya dilaksanakan. Dengan tuduhan ini , Khairy sering dituduh dan hina oleh ayah Mukhriz berulang-ulang kali , kononnya Khairy rasuah , Khairy rasuah dengan tujuan untuk menghancurkan terus kerjaya Khairy dalam politik Dengan kedudukan Mukhriz sekarang , seumpama jalan pintas untuk melonjakkan Mukhriz sebagai hero kembali, menempatkan Mukriz ditempat teratas mengatasi Khairy dengan cara yang agak kotor. semua orang tahu , semua orang boleh mengaggak. Najib tidak perlu memberi apa apa explaination , anggapan mereka semua mudah saja , Najib dikontrol oleh Tun. itu saja anggapan mereka .


Ramai yang berkata ini satu konspirasi politik sila baca, satu konspirasi politik yang jijik sama yang banyak berlaku dizaman Tun Mahahtir dahulu sehingga Tun digelar sebagai maha zalim dan maha Firaun. ramai yang mengatakan bahawa ini satu kesilapan besar yang Najib lakukan dan ramai yang berkata najib akan menanggung akibatnya dalam masa terdekat angakara perbuatan ini. Sejarah banyak telah membuktikan bahawa Allah SWT sekarang banyak membalas secara tunai. Lihat apa yang berlaku kepada Mantan MB Selangor , apa yang terjadi dengan mantan Menteri Pelancungan, , ini akan kita ulas kemudian, Ini semua satu kenyataan walaupun pahit mahu kita telan atau terima tetapi inilah hakikat yang jelas berlaku. Pelantikan Dua wakil dari pemuda yang berada di bawah Khairy ke jawatan Timbalan Menteri adalah tidak lebih dari mahu megaib dan memalukan Khairy dan juga mahu membunuh kerjaya politik Khairy. jangan cerita pasa RASUAH , UMNO sendiri tidak memberikan guide line mengenai rasuah. Apa yang saya pasti sekarang Lembaga Disiplin UMNO dan juga SPRM sudah menerima aduan rasuah Mukhriz. isu ini tidak dpat kita elakkan kerana tangan yang menerima semasa pemilihan dan pencalonan UMNO ada menerima wang dari ketiga ketiga calon ini. Cuma niat pemberian itu sahaja yang sukar mahu kita difinasikan . tak mungkin hanya memberi RM 200 boleh menarik undi. lain lah kalau ianya berjumlah berpuluh ribu. Sebenarnya perwakilan pemuda sudah tentukan sendiri siapa yang mahu diberikan undi, Mukhriz juga ada berikan wang, Kita tunggu apa yang akan terjadi dalam masa terdekat ini , apakah laporan terhadap Mukhriz diterima atau diguna pakai oleh LDU dan SPRM ,Jika ianya ditolak , eloklah kita bangun dan fikirka sesuatu untuk bangun dan membersihkan UMNO secara kita kerana UMNO sendiri tidak mampu untuk jadi bersih.

Tapi agak memalukan bagi Mukhriz apabila rakyat tahu bahawa dia sebenarnya tidak layak untuk menjadi Timbalan Menteri setelah menjadi orang kalah tetapi dimenagkan oleh ayahnya dengan menuduh orang lain sebagai perasuah.lagi banyak kali Tun menyebut mengenai rasuah , lagi orang tidak percaya , yang percaya ahnaylah penyokong Mukhriz , penyokong yang gagal memenangkan bos mereka. Mukhriz juga bukan hanya kalah dengan Mukhriz tetapi kalah denga Khir Toyo. Belia juga pernah kalah bertanding Ketua Pemuda Bahagian. Apa jasa Mukhrzi kepada UMNO , kepada Pemuda, Pilihan raya kecil . beliau hanya sibuk berkempen untuk diri sendiri.Tun marah sangat dengan Khairy kerana dala pertandingan Ketua Pemuda sebenartnya buka Mukhriz saja yang kalah, Tun pun kalah , sebab yang berkempen bukan Mukhriz , senua Tun yang rancang , bayangkan dengan pengaruh Tun yang ada , bukan hanya 308 yang menolajk Tun dan Mukhriz, kita jangka silap faham , yang menyokong Khir Toyo juga menolak Tun dan Mukhriz. lebih dari 600 perwakilan tidak menyokong Mukhriz baca ini

Jadi di mana istimewanya Mukhriz sehingga dia boleh dilantik oleh Najib sebagai Timbalan Menteri, Najib tidak terfikir kah apa perasaan rakyat dan apakah presepsi rakyat . mungkin Najib tahu tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana terpaksa dan terhutang budi .Silaplah jika Najib merasakan ini satu tindakan yang baik dan saya juga ada mendengar bahawa penyokong Khairy sekarang boleh menerima dan akur dengan Najib kerana tidak mahu ada kemelut yang baru dalam UMNO tetapi mereka haya berpesan , jangan tolak mereka jauh sangat ke dinidng , Khairy bukan bodoh dan penyokong Khairy juga bukan bodoh, takut kesabaran mereka nanti tercabar , UMNO tidak mampu lagi berpecah dalam keadaan sekarang. Ini pun ada yang berkata bahawa mereka sengaja digeletek oleh Tun dan Najib , nak tenguk mereka melatah atau tidak , kalau tak mahu beri yang menang , jangan lah beri yang kalah.Sendiri mahu ingatlah....
kembali ke laman utama

14 comments:

  1. menurut kajian dengan student ipta ..mereka masih lagi tidak puas hati muhkriz dilantik ke kabinet oleh Najib sedangkan beliau kalah dlm pemilihan UMNO spt juga pemimpin2 lain .

    jika bapa dia mengatakan kpd najib jgn ambil calon yg kalah ,kini anaknya pulak diangakat oleh najib kerana mengenang jasa bapak dia. Aku ingat Tun sudah nyanyok ..ckp sudah tak fikir apa yg dia kata..kini anak dia megah di kerusi timbalan menteri dan memang lubuk la di kementerian itu buat geng2 muhkriz ..AP mesti dikawal punya ... Lubuk emas tu ..

    ReplyDelete
  2. muhkriz tiada istimewanya berbanding kj, cuma kj didapati bersalah kerana MERASUAH. Diulang - MERASUAH. itu aje

    ReplyDelete
  3. Sudah menjadi rahsia terbuka (open secret) bahawa KJ menang pertandingan Ketua Pemuda UMNO kerana dia menggunakan wang untuk menyogok wakil-wakil Bahagian yang mengundi Ketua Pemuda.Beliau juga di dapati bersalah atau dalam bahasa Mahkamah was found guilty kerana merasuah perwakilan. Rasuah tetap rasuah walaupun seringgit.

    Untuk mengatakan bahawa Khairy menang KP UMNO bukan kerana pengaruh Pak Lah, saya rasa pernyataan itu kurang betul. Kenyataannya, beliau menang sewaktu Pak Lah masih lagi PM dan Presiden UMNO. Untuk makluman, Najib hanya secara rasmi menjadi Presiden UMNO selepas pengundian untuk Mahli Majlis Tertinggi dan jawatan-jawatan di dalam UMNO. Pemilihan Ketua Pemuda dibuat sebelum itu.

    ReplyDelete
  4. MASALAHNYA AHLI UMNO AKAR UMBI MAUKAN MUKRIZ... TAK PERCAYA??? PENCALONAN DI BAHAGIAN2 ADALAH BUKTI KERANA WAKIL CAWANGAN TAK DI RASUAH OLEH SESIAPA...

    BILA ORANG MELIHAT DI ATAS KADANG2 LUPA TUNJANG YANG BAGI BERDIRI. JANGAN TERLALU SEMPIT. PENULIS PENULIS BLOG DAN ORANG POLITIK SELALU MEMBERI PANDANGAN DAN ANDAIAN MEREKA SEDANGKAN MEREKA TAK PERNAH MASUK KAMPUNG.

    CONTOH MUDAH DIBERIKAN 122 ORANG KG AKU YANG BERUMUR 21 THN KEATAS DAN AKU SERVEY 84 ORANG TAK KIRA PAS, UMNO DAN PKR. 67 ORG MENNYOKONG, 12 MENENTANG, YANG LEBIH TU TENGOK DULU...

    APA ALASAN DAN ASAS YANG DI KAJI OLEH STUDENT U DAN BLOGER. KALAU DAH BLOGER PEMBANGKANG 100% MENENTANG SAPA PUN. KALAU UMNO TU DAH TERBAHAGI 2.

    KALAU DI LANTIK KJ YANG ADA KREDIBILITI TU AKAN DI CANANG PULA YANG BN MENGGANGKAT PERASUAH SEBAGAI MENTERI. KERANA ISU RASUAH INI YANG MENJADI DURI DALAM DAGING. MASALAHNYA KES RASUAH KJ SUDAH MENJADI JERUBU DI SEANTERO MALAYA. BUKAN KITA NAK NAFIKAN KES RASUAH ORANG LAIN TAPI ISU KJ UMPAMA BANGKAI GAJAH.

    SEKIRANYA TUN MENJADI TOK PEKONG DI BELAKAKNG NAJIB, KENAPA KITA TERLALU JUMUD UNTUK BERSERAH. TUN BUKAN HIDUP MENONGKAT LANGIT. INI BERMAKNI MUKRIZ SENDIRI PERLU PERFORM UNTUK BUKTI KAN YANG DIA SEMEMANGNYA ADA KEKUATAN SENDIRI DAN KJ MASIH MUDA. DAN KINI DIA MERUPAKAN KETUA PEMUDA YANG PERLU MENGUKUHKAN TAPAK UNTUK DIA BERDIRI. KJ JUGA PERLU PERCAYA " HARINYA AKAN TIBA SEKIRANYA DI IZIN ALLAH".

    KITA TAK NAFIKAN YANG KJ MEMANG ADA KEBOLEHAN TAPI HARI INI BUKAN HANYA...

    ReplyDelete
  5. hari ini muhkriz memegang kuasa timbalan menteri MITI sudah mula melalak

    Dalam satu temuramah bersama akhbar bisnes The Edge, dipetik dari TheEdgedaily.com, Dato Mukhriz Mahathir berkata sudah tiba masanya projek jambatan menghubungkan JB-Singapura melalui Tambak Johor dihidupkan kembali supaya CIQ yang telah disiapkan dapat digunakan dengan OPTIMUM.Ini merujuk kepada masalah yang dihadap oleh rakyat kedua-dua negara yang menghadapi KESESAKAN yang teruk semasa CIQ dibuka secara rasminya semalam.
    Dato Mukhriz dipetik sebagai berkata pada satu sesi diskusi di Johor Bahru pada tahun 2005, beliau mendapati bahawa RAKYAT JOHOR mahukan Jambatan Bengkok, tetapi apa yang RAKYAT Johor tidak mahukan adalah pertukaran sebuah jambatan dengan pasir dan laluan udara bagi jet-jet pejuang Singapura.Dato Mukhriz menekankan bahawa tidak sekali-kali RAKYAT Johor membantah pelaksanaan Jambatan Bengkok, dan dengan saranan KP UMNO Bahagian Johor Bahru sendiri , saudara Khalid Mohamad, maka sewajarnya projek jambatan diperjuangkan kembali!


    aku nak tanya muhkriz

    1.kenapa mukhriz yang bersuara sedang dia bukan org johor ?
    2.kenapa perlu buat pembaziran sekarang, di kala negara sedang mengalami krisis ekonomi.tak kan nak bunuh umno secara senyap
    3. bukankah dah bayar pampasan pada kontraktor ?
    4. dulu kenapa pemuda UMNO Johor diam?

    ReplyDelete
  6. kalau mahu ikut akar umbi , rakyat mahukan Ali Rustam bukan Muhyiddin, kalau setakat jumpa orang kampung sesiapa pu boleh kata apa-apa,yang penting prosidure UMNO adalah pertandingna yang telah pun disertai oleh mUkhriz yang menjangka dai akan menang (Perasan) Malangnya terbukti dala pemilihan itu KJ yang emnangm kenapa tidak boleh menerima kekalahan , Mujkhriz kalah , saya nak ulang sekali lagi, Mukhriz kalah juga kepada Khir Toyo, lebih dari 3.4 pemuda tolak Mukhriz , ada yang erikan pada KT dan ada yang berika kpd KJ, bermakan hanya suku saja pemuda yang mahukan Mukhriz, lu apa cerita bro..... kalau bukan Tun ...erhem , sendiri mahu ingat lah, kalah balik ngadu ngan ayah, itulah yang mengakibatkan pemuda tolak Mukhriz , budak bangang yang tidur bawah ketiak ayah , kalah nagis ngadu ngan ayah, malu lah wei,,,,,,,,,,,,, kalau bukan Tun , rasanya Mukhriz jadi TPM , apa guna dapat TPM cara paksa , bukan sebaba kelayakan,malu weiiii , balik lah main buah getah kat jerlun tuh,,,,

    ReplyDelete
  7. Hmmm... KJ tu memang teruk. Kalau lawan secara tanpa merasuah, saya pasti dia tu akan kalah. Saya bukan lah orang UMNO. Tetapi kemenangan KJ tu sebagai Ketua Pemuda UMNO menambah kan lagi kebencian saya terhadap parti bangsat itu... harap UMNO akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Biarlah sejarah melukiskan bahawa UMNO-BN kalah kerana Pak Lah(pencetus kebencian rakyat terhadap UMNO) dan anak mertuanya KJ.

    ReplyDelete
  8. Kita terkongkong dengan pemikiran kekalahan Mukhriz dalam pemilihan KP di PAU yang lalu.Cuba kita lihat dari sudut bahawa Mukhriz adalah MP Jerlun.Bukankah beliau layak dilantik untuk berada disaf kabinet PM?
    KJ ada isu politik wang semasa kempen PAU.RAKYAT Melayu dan bukan Melayu ramai yang tidak menyukai KJ.Termasuklah pemimpin politik parti komponen. Kemasukan beliau di dalam kabinet sedikit sebanyak boleh menjejaskan keyakinan RAKYAT akan kewibawaan PM serta safnya.Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
    Apapun , aku akui KJ memang salah seorang yg bijak.Aku pun suka lihat dia berhujah di Parlimen tetapi dia telah membuat banyak kesilapan percaturan di mata pemimpin politik dan rakyat yang akhirnya memakan dirinya sendiri...

    ReplyDelete
  9. SEBELUM KORANG NAK HENTAK MUKHRIZ, BIAR KJ BUKTIKAN DULU, YANG DIA BETUL2 LAYAK JADI KETUA PEMUDA!

    PB, KATA TAK NAK PERPECAHAN DALAMAN, SEKARANG AKU TENGOK KORANG NI, LAIN MACAM JE!

    TOLONG FAHAMKAN AKU BRO! AKU MEMANG BODOH DAN TAK FAHAM PERMAINAN CYBER TROOPERS KJ NI!

    ReplyDelete
  10. Kalau pertandingan sesama sendiri boleh KO cuba bayangkan apa keputusannya kalau bertanding di luar sana. Kat luar sana hampir 49% tidak berdiri di belakang parti keramat dan kalau ditambah lagi dengan 2/3 dalam kalangan parti Tun yang tidak menyokong anaknya, tang mana letaknya kelayakan si dai untuk duduk di kerusi timbalan menteri? Lojiknya tidak adalah apa yang istimewanya selain status a/l itu. Cuma satu saja pertanyaannya: Muka inikah yang hendak diharapkan menjadi ikon bagi PRU13?

    p/s: Bungkus yop!!!

    ReplyDelete
  11. ASku juga tidak faham , bila orang hentam Mukhrzi sahaja mereka akan tuduh Kj , apakah Mukhriz ini tidak diterima oleh 3/4 perwakilan pemuda. parpukari itu kau tak heran lah , sebab warisan dia banyak makan kari sama dengan warisan Mukriz di Mumbai dahulu. Kita orang juga tidak suka KJ , teapi sikap keterlaluan menuduh KJ membuat kitaorang jatuh sipati dengan KJ. Kalau nak cerita rasuah lau rasa, siapa berani bersumpah Mukhriz tidak bagi duit. apakah sebenarnya garisan dan landasan rasuah dalam UMNO, beri 200 rasuah ke beri 30 ribu tidak pula rasuah. bagi duit makan kepada akar umi rasuah ke, beri duit bilik rasuah ke, nama pun pemimpin. kalau ikut rasuah , rasanya dalam kabinet najib tuh kosong . TPM pun tak ada. Kes Ruah Mukhriz sudah dalam aduan , kita tunggu saja kerana jika lebih dari 30 kes sudah pun diserahkan kepada Lembaga Disiplin dan jika satu pun tak sangkut , aku raa eloklah kita bubarkan saja lemaga disiplin. Kita sama sama tunggu...da kita tgk apa reaksi Tun nanti yang sibuk naka orang rasuah, Tuhan sekarangtak tunggu bayar kat neraka , didunia ini dah ramai dibayarnya.

    ReplyDelete
  12. Siapa kata T S Muhyiddin, tak layak jadi TPM.Beliaulah aura nya positif berbanding pemimpin lain. KJ patut sangkut dalam kes rasuah nya cuma Pak Mertua masuk campur lepaslah dia. Azalina pula bakal kantoi dlm kes rasuahnya nanti. Dulu ajar puteri masuk umno bukan kerana projek etc perlu berjuang dengan tulin dan ikhlas, cakap tak serupa bikin kebanyakan pemimpin umno ni.
    Jambatan bengkok Malaysia patut teruskan kenapa perlu takut dengan Singapura?Kita mampu maju dan pesat jika projek itu diteruskan.Singapura yang didalangi Israel memang tak mahu kita maju seperti mereka.KJ kan memang pro Singapura tu yang dibantah projek tersebut.Yang menang, Pemuda dan puteri kerana sogokan. Pemuda dan puteri disogok juga hancuslah UMNO jika budaya ini tak dibendung.

    ReplyDelete
  13. korang ni kecoh korang ni perwakilan ke..yang sebenarnya aku bg tau korang aku ni masa jadi perwakilan aku tak x masuk kem mana2 semua aku rembat .. kj ke MM ke DSKT ke semua aku sebat.. exco2 pun aku rembat dapatla aku beli plasma tv peti ais acond tambah lagi 2. keta perdana aku byr sampai hujung tahun..byk lagi la..so aku x nampak masalah pun..pasal politik wang.. MM pun tembak bro.. dskt lagi la byk.. KJ boleh tahan.. tp kalu org kata kj bg sampai !15k ke 20k tak betul brother.. aku tak dapat pun byk tu tak aci la...kalau nak kata bersalah..semua yg jadi calon tu bersalah.. yang aku x dapat ialah
    1) ustaz syarim - tebrau
    2) akramsyah sanusi.(tapi kalau dia ni bg seguni pun org tak pangkah bro)
    3) dr novandri
    4) dan beberapa nama yg tak berapa glamor dan tahu memang kalah..
    yang lain! huh semua bg bossss. tapi aku ambik pendekatan politik wang ni sebagai menjana ekonomi. mana taknya kedai makan penuh, hotel penuh, cuma karaoke je x pergi sebab sprm dah buat kerja part time kat situ.. menyamar konon.. so biasala..apa ada hal.. aku rasa aku rasa la kalau jadi najib lawan ngan paklah masa mesyuarat hari tu huh lagi la.. berlori2 duit datangla.. ini menang xda org lawan boleh cakapla..amacam.. kawan2 setuju tak.. tq..

    ReplyDelete