Saturday, May 16, 2009

Mahathir: Saya tidak akan campurtangan isu jambatan bengkok

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak akan campurtangan dalam keputusan kerajaan sama ada akan menyambung semula projek pembinaan jambatan bengkok di Johor atau sebaliknya.

Meskipun kecewa dengan pembatalan projek tersebut, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan mempengaruhi kerajaan untuk menyambung semula projek itu.

Beliau bagaimanapun masih mengharapkan pembinaan jambatan itu direalisasikan kerana ia satu keperluan bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

"Walaupun saya berpendapat tidak ada sebab projek itu tidak boleh diteruskan...saya tidak ada keputusan untuk dibuat, mungkin kerajaan sekarang ada," katanya pada sidang akhbar selepas berucap pada majlis bersama Bloggers United Malaysia di Subang Jaya di sini semalam.

Katanya jika dilihat semasa pembinaan Tambak Johor dahulu, purata daripada 1,000 orang penduduk mungkin hanya ada sebuah kereta tetapi ketika ini keadaannya sudah berubah.

"Sekarang kita ada 10 juta kereta bagi penduduk 27 juta orang.

"Boleh dikatakan setiap 2.7 orang ada sebuah kereta...jadi masalah lalu lintas semakin serius. Jika kita tidak mempunyai fasiliti yang sempurna kita akan berdepan dengan kesesakan yang lebih teruk selepas ini," katanya.

Projek pembinaan jambatan bengkok bernilai RM600 juta telah dibatalkan pada 2006 walaupun pembinaannya dilihat boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.

Projek itu turut memberi kemudahan kepada laluan untuk kapalkapal perdagangan melalui perairan Selat Tebrau.

Berhubung isu kurang keyakinan dan hilang kepercayaan rakyat terhadap akhbarakhbar utama, Dr Mahathir berkata pemilikpemilik akhbar tersebut sememangnya mengetahui keadaan itu tetapi mereka tidak dapat berbuat apaapa kerana dibayangi pihakpihak tertentu.

Katanya beliau pernah bercakap dengan pihak pengurusan akhbarakhbar tersebut yang melahirkan rasa tidak puas hati berkaitan wujudnya kekangan tetapi tidak boleh mengubahnya kerana kemungkinan tindakan akan diambil ke atas mereka jika melaporkan perkara sebaliknya.

Beliau berkata sekiranya akhbarakhbar itu ingin menjadi relevan di hati rakyat mereka harus membina semula keyakinan biarpun secara perlahan.

"Jika akhbar perdana mahu dilihat relevan, akhbar itu perlu membina semula keyakinan mereka. Hanya siarkan hal yang benar dan buat analisis yang betul berdasarkan kebenaran. Jangan selalu lihat sudut politik," kata beliau. BERNAMA

Nota: Tidak lama lagi akan ada pengumuman mengenai jambatan bengkok yang akan diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Kami sudah biasa dengan spin Tun M. Kita tunggu pengumuman jambatan benkok tidak lama lagi. Tun tidak masuk campur.......

KEMBALI KE LAMAN ASAL

6 comments:

  1. Betul lah .......kita dah boleh tunggu pengumuman. Puaslah hati Tun akhirnya bila jemabtan yang diperjuangkan sehingga terpaksa bermusuh dengan Pak lah sehingga cucu cicit akhirnya berjaya. Parti hampir lunyai, rakyat berpecah hanya kerana jambatan yang diidamkan ini, betul ke kerana kesesakan atau sesak nafas.

    ReplyDelete
  2. rakyat akan terus mengira dan menghitung , berapa dan apa yg telah Tun M dapat sejak PM baru, teruskan kerana rakyat hanya mampu memerhati dan mereka akan membuat keputusan pada PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  3. sila debatkan untuk cari kebenaran dan betapa relevan nya jambatan in i untuk rakyat.

    ReplyDelete
  4. ialah sekarang kata dia x masuk campur..apasal, dah sedar ke rakyat dah cukup meluat nak dengar cerita putar belitnya kot. eloklah dia x masuk campur dalam hal pentadbiran kerajaan, aku masih bengang kerana dia dan penyokongnya begitu gah nak menabur pasi di periuk nasi orang

    ReplyDelete
  5. Kecewa kerana apa?

    Kalau kerana perojek kesayangan tergendala bagaimana dengan banyak lagi projek kesayangn yang lainnya yang setelah dilaksanakan tetapi menjadi hancur dan lebur hingga menimbulkan perasaan sangsi dalam jiwa dan raga rakyat.

    Kalau kecewa kerana kesesakan lalu lintas di tambak johor merupakan perkara yang dekat di hati Tun, apa kurangnya kesesakan di KL? Apakah dengan Smart Tunnel telah dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang tidak ada penamatnya?

    Tentulah aneh kalau jambatan yang Tun sendiri tidak mungkin akan menjejakkan kaki atasnya (kerana biasanya naik pesawat udara)tetapi ia mendapat perhatian seolah-olah ia tidak menggunakan duit daripada khazanah rakyat (percuma)dan seolah-olah rakyat akan susah sesangatnya kalau-kalau tambakan yang sedia ada tidak di ganti dengan yang baru?

    RPK 1

    ReplyDelete
  6. oh , bukan rakyat yang mengalami kesesakan yang penting, rakyat yang mahu membina jambatan itu sebenarnya yang penting.Macam jurujual kereta juga. Bukan keranan keperlua sipembeli kereta yg penting. yg penting kereta yang mahu dijual. Jambatan ini penting , kerana jambatan ionilah juga UMNO sanggup dirobek, PM yg dipilih oleh beliu sendiri sanggup dimusuhi sehingga ke anak cucu.

    ReplyDelete