Thursday, May 7, 2009

Kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepian pantai , kalau takut dugaan blogging .... berhenti saja lah blogging

Saya baru saja pulang dari kerja dan setelah beristirehat dan menunaikan apa yang patut saya tunaikan , seperti biasa saya membuka internet untuk membaca berita-berita di internet. siang saya baca surat khabar , malam saya baca internet.Topik yang paling saya mahu baca sangat pada malam ini adalah isu Dewan Undangan negeri kerana saya tidak sempat menonton Berita di TV hari ini , setelah melayari semua laman saya melayari Agenda Daily.saya teringat semalam ada menulis mengenai bloggers setengah masak tuh , tidak pula saya menyangka dia dimarahi oleh suaminya hari ini. Sebab apa saya tidak tahu lah.Minta maaf lah jika ianya membabitkan suami puan , sebab saya tidak pernah mengenali puan dan tidak pernah tahu puan siapa sebelum ini. Saya hanya mengenali puan ketika di PWTC ketika berdiri di sebelah Datuk TS. Cuba ingat kembali ada tak awak bertemu dengan Datuk T S. Itu saja yang mahu saya tanya dahulu. Kepada suami Puan saya meminta maaf, saya ingat tulisan saya habis sampai disitu saja. i don't mean to get him involve , sebab saya rasa ini adalah antara bloggers .

Saya dengar bloggers Asam Pedas berkata , saya sekarang bekerja dengan Agenda Daily, jika tidak mana saya tahu Puan bekerja dengan Agenda Daily. Bila balik saya buka lah laman web Agenda Daily kerana mahu cari siapakah wanita ini. Bukan apa , saya bagaikan menghormati Agenda Daily , sebuah laman web mampu memiliki wartawan yang bertugas sama macam media cetak. Saya tahu Agenda Daily ada Roslan Bian dan Lokman ada Rosli ada bekas Yb ada datuk . Tapi saya tak tahu pula siapa wanita ini, maklumlah saya tak kenal. Yang menjadi daya tarikan saya untuk memberi perhatian kepada Puan adalah perkataan yang saya dengar , "berilah projek" ...... ingat tak.... saya tak ada rakaman , meminta rakaman adalah cara orang yang melepaskan diri apabila terantuk kerana tentu pasti Puan tahu saya tidak merakam , Merakam bukan kerja saya nak rakam setiap orang dalam dunia ini bercakap. Saya ada saksi , kerana ketika itu bukan saya seorang yang berada di sana, sebenarnya ada beberapa bloggers lagi yang bersama saya. Tempatnya betul -betul depan pintu dan Puan dibelakang halangan meja , kerana ketika itu press tidak dibenarkan masuk .

Datuk TS berada di depan luar garisan halangan bersama saya dan berapa teman lagi. Kami sebenarnya sedang berbual , ketika Puan wartawan menegur Datuk TS. Saya memberikan laluan kepada Puan wartawan untuk teruskan perbualan. Yang saya ingat Datuk TS ada cakap , wartawan mana boleh buat business........ ada lagi , Puan wartawan cakap seperti , nanti pergi pejabat tak bagi pula projek. Oleh kerana kata-kata ini lah yang membuat saya sampai hari begitu ingat dengan Pn wartawan sebab kami bloggers tidak pernah seumur hidup bertanyakan projek dengan pegawai menteri mahu pun sesiapa pemimpin selama ini. Kami hairan juga ...dan kami berpandangan sesama sendiri, Kata kawan saya , kalau nak minta projek pun jangan lah depan khalayak ramai.

Siapa saya tidak lah perlu tahu, yang penting adalah apa yang saya tulis , bukan siapa saya. saya tidak pernah meminta sesiapa menghormati saya. Tujuan saya adalah untuk menegur saja. Menegur untuk kebaikan , Bukankah memalukan dunia kewartawanan dan juga dunia bloggers apabila bloggers dan wartawan meminta projek dari pemimpin. Itulah bila bercakap dengan terlalu excited, lihat depan dan belakang, maklum lah kerusi meja juga mendengar. Apa untung saya mahu membuat fitnah, Puan bukan nya orang yang penting dalam kerajaan . Apa untung saya. Saya bukan boleh jadi kaya untuk membuat fitnah terhadap Puan wartawan. Saya juga bukan diupah untuk memfitnah Puan , lagi pun siapa nak upah saya untuk fitnah puan, apa untung nya mereka yang mengupah untuk fitnah puan. tak akan berlaku satu tsunami politik jika saya memfitnah puan. Jika boleh berlaku , mahu juga saya cuba . But i think it's dosn't make any diffrent , lainlah kalau Rocky , Raja Petra , Kadir Jassin atau Rosli Ismail mahupun Rolsan Bian. Tak berbaloi rasanya nak buat fitnah. Bagi saya peranan Puan hanya menumpang sekaki saja dalam dunia blogging ini. banyak lagi yang puan perlu belajar , bukan sekadar menulis sahaja.

Tak kiralah Puan mahu kata saya juga baru setahun jagung, ha ha ha.... hanya dengan melihat tarikh blog dibina. Lagi satu.... bloggers berpengalaman tidak akan melenting bila dijolok , takut banyak lagi yang akan gugur.Bloggers yang bukan setengah masak tidak akan mengugut untuk membuat laporan polis, kami sudah lama sebenarnya dalam dunia ini sebelum Pn wartawan mengenali alam siber ini. Ini hanyalah salah satu dari blog kami saja. banyak lagi blog yang kami ada . Tak payah nak ugut - ugut kami Kalau Puan wartawan boleh menulis , kami pun boleh juga. Eloklah kiranya Rosli dan Lokman jaga disiplin wartawan beliau. Sebagai seorang teman bloggers yang sealiran saya hanya menasihati saja . Jika puan rasa bersalah dan tidak mahu mengakui nya di publik , puan perlu perbaiki sahaja , bukan kami minta pengakuan. Kami juga tak perlu tahu berapa lama puan kenal siapa atau siapa , kira rapat sangat lah. Buatlah apa yang puna raaa patut. Kami bloggers sudah biasa dengan keadaan begini , mungkin puan belum lalui keadaan ini kan. Tapi puan ok , sebab puan kenal ramai orang berpengaruh , kami tak , kami ni tak kenal sesisapa punnnnn.........sebab kami menulis selama ini pasal artis kot ....

Nota:
Atas semangat keadilan, saya memberi peluang kepada WalkdTalk untuk menarik balik tuduhan fitnah ini. Saya memberi tempoh sehingga 8 Mei, 2009, jam 10 pagi. Sekiranya saya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari anda, saya akan membuat laporan polis secara rasminya.

* Tak apa lah jika ini yang puan mahukan , saya menrima dengan seadanya kerana saya tidak menulis perkara yang tidak benar. Saya juga ada bukti saya yang tidak mungkin saya tulis disini. Kalau saya ada fitnah itu , tentu saya sudah tarik balik , tapi saya tidak ada fitnah itu untuk ditarik balik, sebab saya tidak memfitnah.

Kembali ke laman asal

7 comments:

  1. walk .....
    kelakar betul lah si Asam Pedas ini, dia ingat report dia saja, hang ingat polsi tak dak kerja lain ke mahu layan hang punya tulisan ini. ha ha ha, kes ragut banyak belum selesai, setakat tulisan mcm hang ni , banyak yg lebih teruk lagi. Minah ni nak cari publisiti murahan , huh setengah masak ma... Biaq pi lah kat dia, member-member semua ketawa besaq, kalau jadi dia buat report hang jadi bloggers pertama yang direport oleh bloggers lain ... ha ha ha ha , hang akan cipta sejarah. Bloggers di report oleh bloggers lain. nak juga cek tunggu kat balai , nak buat laporan dalam blog cek, hang ingat surat khabar akan keluarkan news ini , ke ada velue news ka.... hang bukan Raja Petra ,,,,, ha ha ha guling guling cek ketawa.

    ReplyDelete
  2. Walk hang patut tanya dia , ada tak dia jumpa Datuk TS kat tempat yg hang habaq tuh ? Hang suruh dia jawab tuh aja dulu. Soalah Kedua , betul tak dia beritahu Datuk TS dia skrg kerja Agenda Daily, Yang ktiga tuh hang tanya , apakha topik perbualan singkat dia ? itu saja dia kena jawab. kalau hang pekak tak kan aku pun pekak dan tak kan kawan kita sorang lagi pekak. huh....

    ReplyDelete
  3. kelakarlah walkdtalk ini. memang tak faham bahasa malaysia. dalam tulisan saya, saya menulis suami saya marah (pada awak) dan bukan pada saya. simple bahasa malaysia pun tak faham. kelakar.

    apabila saya baca penjelasan ini memang jelas sejelas-jelasnya saudara sama ada sudah salah dengar atau salah orang atau memang pereka cerita yang hebat.

    anyway, saya pun tak perlu menjawab pada saudara yang ternyata sangat pengecut walaupun dengan seorang wanita.

    saya memberi kesempatan kepada saudara membuktikan tohmahan...sebaliknya saudara tuduh saya mengugut. maka saya fahamlah bahawa saudara memang kurang faham Bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Dunia blog bukan ada kaitan dengan sifat berani atau kecut; betul atau salah; RPK atau PKR. Janganlah nampak sangat yang kita itu semacam menyalahgunakan kuasa kawan cuma kerana kita mempunyai kabel yang kukuh dengan kawan yang berjalan di koridor kuasa. Sikap sedemikian itu sepatunya tidak diamalkan dalam era yang mana maklumat kebanyakannya berada di hujung jari.

    PEMBACA BIASA

    ReplyDelete
  5. Atas semangat keadilan, saya memberi peluang kepada WalkdTalk untuk menarik balik tuduhan fitnah ini. Saya memberi tempoh sehingga 8 Mei, 2009, jam 10 pagi. Sekiranya saya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari anda, saya akan membuat laporan polis secara rasminya.

    ini bukan mengugut ke? siapa yang tidak faham bahasa melayu sekarang ?

    Jangan lah ingat puan kenal dengan SUA PM Puan boleh gunakan koridor kuasa untuk mengugut, rakyat sekarang tidak bodoh lagi. Benarlah puan masih mentah dalam dunia siber ini.sampai mahu report polis. Jangan bagi malu UMNO dan bloggers lain.

    ReplyDelete
  6. Waaaaa nangis air mata darah nih. Baru dapat tahu Asam Pedas sudah bersuami. Ish..ish Abang Iss ooiii. Kawan kat Utusan dah lupa ke Cik Puan Asam Pedas Oii? Anyway, bagus juga la Walkdtalk buat pendedahan begini. Wartawan minta projek ni jarang berlaku sebab wartawan ada etika. Kawan pernah di offer rumah murah untuk tidak dedah satu berita dulu, tapi kawan tolak. Pasal Asam Pedas ni, hemmmm kawan lama kenal dia, sama-sama cari berita, terutamanya berita jenayah. Cari berita jenayah ni kena la baik dengan polis-polis. Naik baik dengan bos-bos polis ni kena la manja-manja sikit. kalau manja lebih, lebih la berita yang dapat. Jangan marah la Asam Pedas ooii. Ramai yang tahu awak dan sejarahnya. Ishhh Ishhhh Abang Iss ooii.

    ReplyDelete
  7. Nurbahyah atau WalktheTalk

    Jangan main api. Ceh hebat ...

    MSC

    ReplyDelete