Sunday, May 10, 2009

3/4 dari apa yang saya laporkan diakui adalah benar 1/4 lagi disorok untuk menyerang saya .

Seawal pagi Jumaat yang lalu saya telah bertolak ke utara dalam satu sesi lawatan dalam tugas dan baru saja kembali ke KL pada jam 6 petang tadi, (Hari ini hari minggu) Sebaik saja sampai ke KL saya terus ke rumah ibu untuk menyambut hari ibu dan kemudian pulang ke rumah selepas menyaksikan game antara MU dan MC yang mana berakhir MU telah menang 2-0. Dalam perlawanan berkenaan , Rolnado telah bersikap tidak profesional kerana tidak berpuas hati apabila dikeluarkan oleh pengurus MU .

Sekembali di rumah saya menonton AF , kerana tidak dapat tenguk konsert sebenar pada hari Rabu yang lalu. setelah selesai saya seperti biasa membuka laman web dan melayari semua laman web yang biasa saya layari dan kemudian membuka blog asam pedas. Saya membaca dengan tenang dan saya terpanggil lah untuk menjawab dan mengulas sedikit mengenai laporan yang dibuat oleh empunya blog berkenaan yang berkeras mengatakan saya memfitnah beliau. sebenarnya dalam laporan berkenaan telah terjawab secara asasnya bahawa saya tidak memfitnah dan detik yang saya ceritakan sememangnya berlaku cuma program nya mungkin saya terkeliru, tempatnya sama , watak-watak yang saya cerita sama. tahu perbualan juga sama seperti yang saya laporkan cuma gaya persembahan dan laporan kepada pihak Polis ada berbeza sedikit.

1.Inti laporan sedikit sahaja , yang lain hanyalah kosmetik yang mahu membayangkan bahawa wartawan ini adalah kawan baik dan telah lama kenal dengan SUA PM.
2.Kekeliruan program juga di besarkan untuk membuktikan saya memfitnah, itu sebenarnya tidak penting , yang penting adalah apa yang berlaku itu adalah benar.
3. Peristiwa ini berlaku di hadapan mata saya kerana ketika itu saya sedang berbual dengan Datuk TS dan saya berikan laluan apabila wartawan ini mencelah. Saya hanya mendengar sahaja.
4.Sekurang-kurangnya wartawan ini mengaku bahawa ada menyentuh mengenai , projek , saya akui apa yang beliau tulis dalam laporan berkenaan. mengenai beliau bekerja dengan Agenda daily dan saya bersyukur kerana beliau mengaku Datuk TS ada kata wartawan mana reti buat business. Datuk Tengku Sariffuddin (dalam nada berseloroh): Ha..ha..wartawan mana reti business, saya akui memang ini yang dikatakan oleh Datuk TS . Kenapa Datuk TS cakap begini ? ada ayat ayat yang tercicir yang tidak ditulis. Tak apa ini akan saya terangkan apabila saya dipanggil . Saya percaya Datuk TS juga tahu kenapa dia cakap begitu.

Saya sengaja menulis Datuk TS kerana saya tidak mahu membabitkan Datuk TS dalam kemelut ini dan tujuan saya menulis adalah sekadar mengingatkan wartawan ini agar berhati-hati bila bercakap , kerana nila setitik akan habis susu sebelanga. Kerana seorang bloggers , habis semua bloggers dianggap sama. bagi saya laporan polis yang dibuat kepada pihak berkuasa jelas membayangkan betapa blogers ini tidak profesional dan masih mentah dalam menghadapi dunia blogging. Raja Petra telah memfitnah Agenda Daily. Sebagai laman profesional perkara ini diselesaikan dan dijawab melalui blogging sahaja. tapi kalau ini pilihan bloggers ini , kami ikut sahaja kemahuan beliau dan beliau perlu ingat dalam laporan beliau yang tidak lengkap ini juga boleh saya katakan sebagai laporan palsu. namun saya tidak risau sebab . laporan ini sudah cukup membantu saya untuk membuktikan dan memenuhkan tempat - tempat yang tidak dilaporkan.

Inilah saja inti laporan berkenaan.

Perbualan sebenar kami (ketika menunggu keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan di aras lain daripada tempat penulis blog mendakwa beliau berada) adalah seperti berikut:
Datuk Tengku Sariffudin: Hey Shila, tiba-tiba you muncul, ke mana you menghilang selama ini?
Noor Hasilah: After I left Berita Harian, I joined several companies. Also tried business. Tapi biasalah, bukan senang nak dapat projek,apa lagi kalau kena bersaing dengan company besar. -------------------------- (dekat sini tidak di isi dan ada ayat yang tercicir ) Saya juga selalu kena tipulah. Orang tak bayar dan macam-macam. So, here I am, back to reporting dengan Agendadaily. I am happy here because Rosli is a very nice boss. D TS ada jawab lagi__________________________________ (tak perlu saya jawab dalam blog, saya akan jawab bila dipanggil ) wartawan berkenaan membalas , nanti kalau pergi ofis...................................... (biar saya jawab bila dipanggil nanti )

Datuk Tengku Sariffuddin (dalam nada berseloroh): Ha..ha..wartawan mana reti business. Bagus lah you kembali jadi wartawan. Good to have you back.

Bermakna 3/4 yang saya laporkan ada lah benar , cuma .... ada yang tidak dilaporkan .

Sebagai seorang Islam, dengan nama Allah saya bersumpah dan kafir lah saya dan di lakanati Allah SWT sekira saya memfitnah dan tidak dengar wartawan ini cakap , berilah projek , Saya mencabar wartawan ini menulis dalam blog beliau bahawa dengan nama Allah. kafir lah dia dan akan dilaknati Allah SWT jika beliau menipu bahawa beliau tidak ada meminta projek dari Datuk TS dalam perbualan berkenaan.Yang lain akan saya hadapi , kita tidak boleh menipu Allah SWT.
kembali kelaman asal

10 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Sambung ... TIDAK NAMPAK WALK FITNAH SUA PERDANA MENTERI PUN....HANYA BERKATA SI A MINTA PROJEK DENGAN SI B. ITU FITNAH SI B KE?

    ReplyDelete
  3. ini sama lah mcm kes anwar ibrahim ...yg diliwat pula dibenci...

    ReplyDelete
  4. Waaaaa nangis air mata darah nih. Baru dapat tahu Asam Pedas sudah bersuami. Ish..ish Abang Iss ooiii. Kawan kat Utusan dah lupa ke Cik Puan Asam Pedas Oii? Anyway, bagus juga la Walkdtalk buat pendedahan begini. Wartawan minta projek ni jarang berlaku sebab wartawan ada etika. Kawan pernah di offer rumah murah untuk tidak dedah satu berita dulu, tapi kawan tolak. Pasal Asam Pedas ni, hemmmm kawan lama kenal dia, sama-sama cari berita, terutamanya berita jenayah. Cari berita jenayah ni kena la baik dengan polis-polis. Naik baik dengan bos-bos polis ni kena la manja-manja sikit. kalau manja lebih, lebih la berita yang dapat. Jangan marah la Asam Pedas ooii. Ramai yang tahu awak dan sejarahnya. Ishhh Ishhhh Abang Iss ooii.

    ReplyDelete
  5. Asam Pedas no..... ha tak apalah , biarlah dia cerita banyak 2 dulu , walk nanti kami tolong cerita sejarah- sejarah asam pedas , siapa tak kenal asam pedas ni, org baca tajuk dah tahu dah jalan cerita. support u all the way. go for it, kami tahu kamu ikhlas.

    ReplyDelete
  6. Baru masuk dunia penulisan blog dah buat kecoh. Baru terbaca ayat-ayat yang tidak disukai dan disenangi puak dan kroni, terus melenting. Kenapa sekarang ramai orang cepat melenting apabila baca blog yang tidak sealiran? Kenapa tidak dari dulu lagi? Tidak salah menegakkan hak tetapi jangan sampai sedemikian itu ditafsirkan oleh mereka yang di luar sana sebagai mewakili pemikiran dan pentadbiran pelopor '1 Malaysia'.

    PEMBACA BIASA

    ReplyDelete
  7. Kalau ada semangat persaingan tinggi dalam kalangan sesama profesion maka sudah tentu tidak timbul soal iri hati, busuk hati dan sakit hati.

    Usah terlalu sensitif terhadap kritikan dan pertuduhan 'rakan' pesaing hinggakan rakan sendiri diletakkan dalam posisi yang sukar untuk melahirkan pandangan secara bebas dan tanpa rasa takut walhal tindakan sedemikian akan melemahkan upaya blogger kawan (rakan pesaing) untuk berhadapan dengan lawan sebenar (blogger musuh) yang lebih agresif dan berbisa.

    Sememangnya tidak ada kebebasan mutlak tetapi kongkongan tanpa mengenali siapa yang dikongkong adalah tidak secocok dan tidak selaras dengan arus penyebaran maklumat serba cepat, terbuka dan bebas.

    Usaha menutup mulut kawan mungkin akhirnya memberikan tempias kepada diri sendiri. Sikap membiarkan musuh lebih bebas 'bergerak' berbanding rakan pesaing bukanlah satu tindakan tepat untuk jangka panjang.

    Bayangkan kalau diri sendiri telah meletakkan batas atau lebih teruk menutup wadah untuk melahirkan pandangan terhadap rakan pesaing dan katakanlah satu hari nanti apabila diri sendiri memerlukan wadah yang sama untuk mempertahankan kedudukan 'paksi kuasa' atau terpaksa menyerang kredibiliti musuh yang secara semberono menyerang kredibiliti paksi kuasa, makanya apakah saluran lain yang lebih berkesan kalaulah usaha difokuskan untuk memudarkan minat rakan pesaing dalam meningkatkan kemahiran dalam penggunaan saluran alternatif ini, hinggakan dari sudut bergerak dalam satu matlamat(gabungan rakan pesaing)belum tentu mudah untuk bersedia bersaing atas pentas yang lebih mencabar!!!

    PEMBACA BIASA

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Aku terpanggil untuk bagi komen kepada kamu berdua, yang satu terasa pedas dan lagi satu yang nak menjalankan sesuatu.

    Yang hang nie, dah baco sampai PHD ke? Tak do berita lain ke nak lapur? Salah ke kalu nak mintak projek? Satu kes jenayah ke?

    Yang aku paham ramai yang melenting pasal kroni-kroni yang mendapat banyak projek adalah sebab sendiri tak tahu macam mana nak dapat projek. Sebenarnya nak dapat tu hanya perlu mintak.

    Yang kau nie iri hati ke? Yang engkau kat situ pasang telinga buat ape? Seronok ke mencuit hati orang lain?

    Nak cakap pasal etika, yang engkau tulis nie beretika ke?

    Jangan kamu cuba katakan bukan mu yang mulakan dulu. Nie nanti macam jadi chicken and egg story pulak.

    Yang kamu nie asam pedas, apa pulak pilih nama macam tu? Rata-rata kan ada satu peri bahasa ado cakap, siapa makan cili dia rasa pedas. Bukan asam yang bagi pedas, cik blogger.

    Yang kamu nie cerita panjang-panjang nie buat apo? Pasal fitnah? Takkan tak tau asam pedas liku cerita fitnah dari buku sejarah?

    Sekarang nie bukan hanya nama tertentu terlibat tapi nama organisasi pun terlibat.

    Kenapo nak guna kuasa polis dalam hal nie? Bukan kah polis dah banyak tanggung jawab? Apo lagi nak tambah-tambah lagi?

    Apo gunanya ancam mengancam dangan lapuran polis?

    Kamu berdua nie lah yang telah memperkukuhkan apo yang sedang melanda negara nie.

    Perasaan Hasad Dengki;
    Sikit-sikit polis;
    Perasaan yang sangat-sangat sensitif;
    Negara sudah merdeka lebih 50 tahun atau apanama sudah 63 tahun tetapi minda masih belum merdeka;

    Apakah masa banyak terbuang pasal hati tak pernah tenteram kerana hal-hal macam nie?

    Apakah nanti kamu berdua bersekongkol nak buat lapuran polis terhadap aku pasal komen nie?

    ReplyDelete
  9. What I've learnedMay 14, 2009 at 12:15 AM

    I've learned -
    that it's not what happens to people
    that's important. It's what they do about it.

    I've learned -
    that you can do something in an instant
    that will give you heartache for life.

    I've learned -
    that no matter how thin you slice it,
    there are always two sides.

    I've learned -
    that it's a lot easier
    to react than it is to think.

    I've learned -
    that we are responsible for what we do,
    no matter how we feel.

    I've learned -
    that learning to forgive takes practice.

    I've learned -
    that maturity has more to do with
    what types of experiences you've had
    and what you've learned from them
    and less to do with how many
    birthdays you've celebrated.

    I've learned -
    that no matter how good a friend is,
    they're going to hurt you
    every once in a while
    and you must forgive them for that.

    I've learned -
    that it isn't always enough
    to be forgiven by others.
    Sometimes you have to learn
    to forgive yourself.

    I've learned -
    that no matter how bad
    your heart is broken
    the world doesn't stop for your grief.

    I've learned -
    that our background and circumstances
    may have influenced who we are,
    but we are responsible for who we become.

    I've learned -
    that we don't have to change friends
    if we understand that friends change.

    I've learned -
    that you shouldn't be so
    eager to find out a secret.
    It could change your life forever.

    I've learned -
    that two people can look
    at the exact same thing
    and see something totally different.

    I've learned -
    that your life can be changed
    in a matter of hours
    by people who don't even know you.

    I've learned -
    that credentials on the blog
    do not make you a decent human being.

    I've learned –
    that even when I have pains, I don't have to be one.

    I've learned –
    that making a living is not the same as making a life.

    ReplyDelete
  10. wake up call , ko tak faham ke dia tulis dia sedang berbual dengan Datuk TS pada masa itu. Ada ke dia tulis salah untuk minta projek, dia tak tulis pun meminta projek jadi satu kesalahan. beri salam sebelum buat komen. Saya sedang menunggu ni.

    ReplyDelete