Wednesday, May 6, 2009

Bloggers Asam Pedas jangan main api

Saya ada terbaca mengenai seorang bloggers yang menulis dalam cara berahsia mengenai isu Rashid yang mahu dilantik sebagai SUA TPM dan telah hangat diperdebatkan antara ramai bloggers -bloggers termasuklah seorang bloggers wanita yang menulis di blognya Asam Pedas. Saya sudah malas mahu menulis mengenai peristiwa ini kerana saya merasakan TPM sendiri tidak menerima produk KJ , Apa boleh buat itu hak TPM dan beliau berhak untuk menentukan nya.

Mungkin bukan rezeki Rashid. namun penulis tertarik mahu mengulas salah satu rangkap tulisan bloggers 1.2 masak Norhasilah ini yang berbunyi "Kami bukan blogger yang boleh "dibeli". Saya mengakui mempunyai ramai kenalan berpengaruh, tetapi saya tidak pernah menggunakan persahabatan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka. Seorang rakan baik pernah membuat komen di depan saya yang berbunyi "Awak ini sepatutnya dah lama kaya. Tetapi awak bodoh sebab tidak minta projek dari si anu dan si anu. Kalau awak minta mesti mereka bagi". Ah, biarlah saya hidup sederhana daripada menerima rezeki dari cara yang tidak sihat ataupun daripada "Syaitan bertopengkan manusia."

Komen saya pula , penulis ini cakap tak serupa bikin kerana dengan mata telinga saya sendiri saya mendengar wartawan ini meminta projek dari SUA PM , Datuk TS. Ketika itu di PWTC ketika perhimpunan UMNO ketika menunggu keputusan Pemuda dan wanita. Lebih kurang begini bunyi perbualan wartawan ini, " Saya sekarang bekerja dengan Agenda Daily , berilah projek jika ada , apa-apa projek pun tak apa. Datuk TS menjawab selamba saja, setahu saya wartawan mana buat business, " huh terus terang tuh minta projek. Ini sikit saja saya mahu tulis. Saya rasa tak ada faedah nak layan bloggers setengah masak ini.
Baca sini

selanjutnya

3 comments:

  1. Thursday, May 7, 2009
    Walkdtalk pengecut

    Apabila dimaklumkan beberapa orang sahabat handai yang menyuruh saya membaca blog walkdtalk09, sebaik pulang dari kerja, terus saya membacanya. Suami saya agak marah apabila membacanya, tetapi apabila saya membaca tulisan itu terasa lucu pula.

    Saya memang tidak hormat orang yang suka "baling batu sembunyi tangan". Bagi saya penulis seperti ini berani di belakang sahaja dengan bersenjatakan pena, tetapi takut bersemuka dan berselindung di sebalik nama samaran. Bagi saya orang seperti ini adalah seorang penakut. Bak kata bidalan, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!

    Profilnya berbunyi "Menyahut cabaran DS Najib, berani menegur dan berani berubah" Nak termuntah saya membaca ayat itu. Awak yang sebenarnya yang cakap tak serupa bikin. Kalau awak berani menegur, kenapa mesti berselindung di sebalik nama samaran?

    Saya boleh menerima teguran dan kritik dan tidak akan berselindung di sebalik topeng. Semua orang boleh membaca profil saya dan tahu di mana mahu mencari saya. Tidak seperti si penakut ini!

    Walkdtalk sedar tak apa yang awak tulis itu bukan komen, tetapi adalah satu fitnah yang direka dan SUA PM sendiri boleh menyokong kenyataan saya.

    Walkdtalk mendakwa mendengar sendiri perbualan saya yang kononnya meminta projek dari SUA PM (macamlah orang tak tahu siapa yang dimaksudkannya itu).

    Wahai cik kak/adik/abang di sebalik gambar orang tua manalah tu! Sesiapa pun boleh mereka ayat seperti yang awak reka itu. Adakah awak mempunyai bukti yang sahih mengenai tempat, tarikh waktu, rakaman dan saksi peristiwa itu berlaku?

    Saya sudah menelefon SUA PM, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan memberitahu beliau mengenai penulisan blogger penakut ini serta meminta nasihat beliau apakah tindakan yang wajar dilakukan.

    Datuk Tengku Sarifuddin pada mulanya terkejut, tetapi selepas saya membacakan komen itu di telefon, beliau terbahak-bahak ketawa dan berkata: "Bila masa engkau minta aku projek dan apa projek yang aku boleh beri pada kau? Mengarut. Inilah masalah blogger yang menulis sesuka hati dan mereka cerita. Aku sokong jika engkau mahu membuat laporan polis."

    Wahai penulis yang berselindung di sebalik topeng, saya sudah mengenali Datuk Tengku Sarifuddin selama 20 tahun dan sejak beliau menjadi setiausaha akhbar PM selama lebih dari 10 tahun saya tidak pernah memintanya apa-apa daripadanya. Saya juga tidak pernah meminta apa-apa daripada mana-mana Menteri, Timbalan Menteri atau KSU.

    Saya juga hidup sederhana dari dulu sampai sekarang. Walaupun duduk di apartment kos sederhana dan memandu kereta yang sudah berusia lapan tahun saya gembira kerana apa yang saya ada adalah hasil titik peluh sendiri secara HALAL, tanpa mengemis meminta projek dari Menteri atau wakil rakyat! Ataupun menjadi penulis blog upahan!

    WalkdTalk melabel saya sebagai blogger setengah masak. Tapi saya nak tanya, bukankah awak sendiri pun baru setahun jagung dalam bidang ini? Bukankah blog awak sendiri pun pun baru bermula April 2009. Saya juga nak tanya dah berapa lama awak belajar menulis? Saya juga nak tanya kenapa takut nak dedahkan identiti? Bukankah berani kerana benar?

    Saya tidak kisah jika beliau mengkritik penulisan saya. Tetapi apa yang beliau tulis adalah satu fitnah dan membabitkan dua pihak lain, iaitu Datuk Tengku Sarifuddin dan majikan saya, Agendadaily (walhal di nota pengenalan blog ini saya sudah menyatakan bahawa segala tulisan saya tidak mewakili organisasi tempat saya bekerja).

    Fitnah beliau itu boleh menjejaskan reputasi saya, Datuk Tengku Sarifuddin dan majikan saya. Dengan nama ALLAH saya bersumpah tulisan/tuduhan Walkdtalk adalah fitnah yang bertujuan menjejaskan kredibiliti saya dan majikan saya!

    Walkdtalk, I dare you to reveal yourself and prove your allegations. Are you man or woman enough to come to me and repeat your allegations straight at my face?

    Atas semangat keadilan, saya memberi peluang kepada WalkdTalk untuk menarik balik tuduhan fitnah ini. Saya memberi tempoh sehingga 8 Mei, 2009, jam 10 pagi. Sekiranya saya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari anda, saya akan membuat laporan polis secara rasminya.

    And I am not joking!

    ReplyDelete
  2. "Walkdtalk sedar tak apa yang awak tulis itu bukan komen, tetapi adalah satu fitnah yang direka dan SUA PM sendiri boleh menyokong kenyataan saya."

    Ulasan: Sebagai pembaca biasa saya berpendapat bahawa apa yang ada dalam artikel di atas adalah dalam konteks menyatakan fakta. Lihat kes RPK. Dia mendapat maklumat dari awam dan mendedahkannya untuk diskusi awam. RPK kata itu hak dia untuk menyimpan atau mendedahkan entiti pemberi maklumat berkenaan.

    "Walkdtalk mendakwa mendengar sendiri perbualan saya yang kononnya meminta projek dari SUA PM (macamlah orang tak tahu siapa yang dimaksudkannya itu)."

    Ulasan: Tidak salah rasanya kalau-kalau sesiapa saja terserempak dan terdengar intipati perbualan atau perbincangan antara si polan dengan si polan yang lain apatah lagi ia berlansung dalam tempat terbuka. Contohnya ialah butiran percakapan antara Linggam dan sipolan di seberang talian yang cerlangsung dalam premis persendirian telah didedahkan kepada awam dan ia bukan dianggap melanggar hak dan privasi Linggam.

    "Wahai cik kak/adik/abang di sebalik gambar orang tua manalah tu! Sesiapa pun boleh mereka ayat seperti yang awak reka itu. Adakah awak mempunyai bukti yang sahih mengenai tempat, tarikh waktu, rakaman dan saksi peristiwa itu berlaku?"

    Ulasan: Prinsip perlu digenggam dan kalau sekiranya bukan mejadi polisi untuk mana-mana blogger untuk mendedahkan sumber sesuatu maklumat makanya kalaulah blogger berkenaan mendedahkannya maka ini pula boleh dikategorikan sebagai tidak profesional.

    "Saya sudah menelefon SUA PM, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan memberitahu beliau mengenai penulisan blogger penakut ini serta meminta nasihat beliau apakah tindakan yang wajar dilakukan."

    Ulasan: Kalaulah komunikasi peribadi antara dua insan (iaitu A dan B) boleh didedahkan oleh si A, makanya kalau dalam lain ketika kenapa pula kalau ada si C mendengar perbualan antara A dan B makanya kalau si C dedahkan intipati perbincangan antara A dan B maka si A akan mengatakan apa yang didedahkan oleh si C adalah satu fitnah?

    PEMBACA BIASA

    ReplyDelete
  3. It's just ironic that this blog title is Walk The Talk.

    ReplyDelete