Wednesday, May 20, 2009

Apakah keputusan BN tidak bertanding bijak ?

Kita akhirnya terpaksa menerima keputusan bahawa BN tidak akan bertanding di pilihan raya kecil Penanti atas alasan kerana kita tidak mahu melayan permainan politik Anwar Ibrahim yang pasti kita ketahui sedang menyusun satu demi satu pilihan raya kecil di kawasan kuat mereka. Pada mulanya ramai antara pemimpin UMNO dan ahli UMNO merasa agak janggal menerima hakikat pertama kali dalam sejarah BN sedari parti perikatan lagi bahawa kali ini BN tidak bertanding di dalam pilihan raya kecil.

Mungkin ada betul juga kita berundur kali ini kerana ada kala berundur dalam peperangan bukan bererti kita kalah , banyak pro dan kontra nya apabila BN menarik diri dari pilihan raya kecil di penanti kali ini. Kalah memangnya kalah di Penanti , jika mereka letak India jual botol pun mereka pasti akan menang di Penanti. Persoalannya sampai bila kita akan terus membiarkan keadaan ini berterusan di Permatang Pauh. Saya berada di Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh ketika Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih kerusi Wan Azizah baru-baru ini. Apa yang saya lihat sememangnya sukar untuk BN menang di Permatang Pauh.

Saya dapat melihat anak kecil sekecil 5 tahun memakai topeng Anwar ibrahim dan setiap kedai makan ada memaparkan program Anwar Ibrahim . Apakah alasan kita tidak mahu melayan kerenah dan permainan politik pembangkang ini akan memberikan kesan yang bertambah buruk kepada BN Permatang Pauh khususnya UMNO. Apakah itu benar-benar alasan kita ataupun kita punya alasan yang lebih pada itu yang memutuskan BN tidak bertanding di Penanti.

Rasanya Kita tidak perlu menafikan bahawa alasan sebenar dan yang utama adalah kelemahan UMNO Permatang Pauh itu sendiri. UMNO yang telah berpecah dan keadaan yang tidak stabil UMNO Permatang Pauh perlu diberikan perhatian oleh UMNO Pusat dan UMNO Pulau Pinang.Pergeseran antara pemimpin utama UMNO pPermatang Pauh perlu diselesaikan segera. Kemelut yang pernah membawa khabar angin yang mengatakan bahawa ada pemimpin utama UMNO yang mahu menyertai parti pembangkang membayangkan betapa kritikal nya UMNO Permatang Pauh.

Apakah yang akan terjadi dan apakah nasib ahli ahli UMNO selepas pilihan raya kecil Penanti. Apakah perasaan dan kesan psikologi yang akan dihadapi oleh ahli UMNO Penanti. Mereka akan terdedah kepada keterbukaan pilihan raya kecil Penanti , apakah mereka mungkin mereka akan merasa tersisih dan apakah mungkin akan ada pengaruh yang akan mendorong mereka untuk melihat parti pembangkang lebih hebat dari BN.

Kita pasti , walaupun Kita kalah di mana - mana pilihan raya , semangat ahli UMNO bertambah membara dan perasaan cinta kepada UMNO bertambah kuat kerana kita sama-sama turun berjuang menentang pembangkang dan sikap jijik mereka membuat kita lebih cintakan parti kita. Moral BN sebenarnya tidak jatuh walaupun kita tewas . Apa yang penting kita telah menyuntik semangat juang kepada ahli UMNO. Mungkin ada kebaikan dan mungkin ada keburukan apabila BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil hari ini , yang pasti UMNO perlu melakukan sesuatu , satu pembubaran pada UMNO Permatang Pauh , kerana jika UMNO Permatang Pauh masih tidak berubah , sampai bila kita tidak akan dapat menawan kembali Permatang Pauh dan sekiranya UMNO tidak memulakan sesuatu untuk memujuk pengundi Permatang Pauh , jawabnya kita akan terus tidak akan bertanding di Permatang Pauh.

Sebaiknya , jika UMNO Permatang Pauh tidak juga berubah, Tak payah lah bertanding pada pilihan raya Umum yang ke 13 nanti. Sebaiknya pada pilihan raya Umum nanti kita hanya bertanding ditempat -tempat yang kita boleh menang saja. Gombak , Bukit Lanjan , Bukit Selembau , Bukit Gantang , Kepong , Bukit Bintang , Kelang , Pengkalan Chepa dll tempat yang kita rasakan tidak selamat, tidak lah perlu kita letakan calon. Eloklah kita renung kembali , apakah keputusan yang telah dibuat oleh UMNO ini relevan atau tidak kerana kita masih belum terlambat untuk membuat keputusan.
kembali kelaman asal

3 comments:

  1. saya berpendapat bukan UMNO perlu berubah, tapi org dalam UMNO yang perlu berubah, sbb UMNO tetap mcm dulu parti org melayu, sampai sekarang tetap org melayu punya, yang penting org dalam UMNO yang kebanyakkan rakyat tidak terima mereka, mungkin org UMNO dan pemimpin UMNO tidak akan menyokong komen saya ini tapi perlu ingat malaysia ada hampir 27 juta rakyat dan yang mungkin sependapat ngan saya mungkin bukan saya sorang, so kalau pendapat mcm saya ini tidak di ambil berat pikirkan jika hanya 1% daripada 27 juta yang mungkin tidak akan mengundi BN. lagi satu kebanyakkan ahli-ahli politik UMNO sombong dan merasakan mereka cukup kuat untuk berkuasa. kebanyakan apa yang di ceritakan di tv dan surat khabar tentang status BN dan komponennya tidak sama ngan realiti, sebagai contoh PR bukit gantang, seminggu sblm pilihanraya surat khabar keluar kata2 dari pemimpin BN, YAKIN merampas kembali kerusi bukit gantang, rakyat mula terima semula BN, sokongan rakyat semakin kuat terhadap BN, tapi apa realitinya...seolah-olah indah kata dari realitinya..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya UMNO sudah tidak ada masa lagi, umno perlu perubahan yang sebenar dan bukan hanya pada cakap cakap sahaja bahawa UMNO akan berubah. Lihat di Terengganu dan Perlis, apakah ini satu perubahan. Mungkin ini satu perubahan tapi bukan satu perubahan yang membawa kebaikan. Muhyiddin Yassin kata dalam amsa dua tahun umno akan berubah, in i bertambah parah , apabila UMNO masih nerada ditahap dan takok lama dan malahan kini lebih teruk.

    ReplyDelete
  3. Memang tidak ada dalam sejarah sejarah satu-satu calon menang 100% kecuali kemenangan tanpa bertanding. Ini menunjukkan tidak pernah ada seseorang calon mendapat kepercayaan kesemua pengundi.

    Lagipun kemenangan tidak hanya ditentukan oleh isu yang dimainkan, calon yang diletakkan atau parti yang bertanding tetapi bergantung juga kepada strategi masing-masing; serta strategi pengundi itu sendiri.

    Bayangkan dengan kemenangan di 6 kerusi Adun telah melayakkan wakil sesebuah parti menjadi MB, bukankah ini menunjukkan ada yang tidak kena dari segi strategi parti dan pengundi?

    ReplyDelete